Foto YouTuber popular, S. Pavithra, 28, mencuri perhatian wargamaya selepas tampil dengan wajah dan penampilan yang berbeza.

Menerusi kemas kini terbaru laman sosial Instagram (IG) jurusolek selebriti terkenal Razzi Musa, dia memuat naik hasil wajah cantik Pavithra selepas disolek.

SUGU PAVITHRA Beautiful soul . #makeup by #razzimusa #styled by @holyblackrapunzel

A post shared by Razzi Musa (@razzimusa) on

Tuhan je yang tahu arini.. Tq for today semua... She in Benard Chandran yerrrrr

A post shared by @ holyblackrapunzel on


Hasil pemerhatian Gempak, rata-ratanya memuji dan terpegun melihat kecantikan Pavithra.

Di ruangan komen, ramai yang berpuas hati dengan hasil air tangan Razzi mencantikkan lagi wajah ayu Pavithra.




Dalam pada itu, penata gaya @holyblackrapunzel yang menjadi 'stylist' Pavithra dalam sesi forografi terbabit menyatakan yang wanita itu mempunyai bakat untuk menjadi seorang model.

"Dia (Pavithra) boleh pose model," kongsinya di Instagram Stories.



Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

BACA: "Rumah Baharu Bukan Beli, Saya Sewa Bayar RM400 Sebulan" - Sugu Nafi Hidup Makin Mewah, Cadang Nak Cari Kerja Tetap Lain

BACA: Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra...

BACA: Isu Minta RM10,000 - Anim Ezati Minta Maaf, Dakwa Sugu Pavithra Keliru Soal Stesen Televisyen


BACA: Komen Isu Bayaran RM10,000, Chef Wan Kata Sugu Pavithra Patut Disanjungi

Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.



Kredit Foto: IG Razzi Musa & @holyblackrapunzel