Laman Utama
Melly Kesal Sikap Sebilangan Jemaah Ketika Di Tanah Suci Yang Pentingkan Selfie Sehingga...
Penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Melly Goeslaw, 47, sukar menidakkan hakikat kerinduan untuk menjejakkan kaki semula ke Tanah Suci Mekah apatah lagi dalam selubung duka manusia dirantai isu pandemik Covid-19.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya semalam, Melly berkongsi throwback dua keping foto kenangan saat menunaikan ibadat Umrah bersama suaminya, Anto Head, 57, beberapa tahun lalu.
Lebih meruntun jiwa, lagu runut bunyi filem Harim Di Tanah Haram juga mengangkat judul sama nyanyian duet, Irwansyah dan Zaskia Sungkar melatari hampir seminit posting itu.
Advertisement
Mengawali entrinya, Melly menterjemah Covid-19 hadir sebagai memberi pengajaran kepada semua salah satunya adalah cara kita mencintai Allah.
Waktu sama, dia sedar sikap sebilangan umat Islam yang tidak mensyukuri nikmat daripada-Nya.
“Dia beri kita rezeki berlebih, tapi buat Umrah atau Haji masih kena tunggu dibiayai orang lain. Dan bila di Tanah Suci, kadang kita lebih pentingkan selfie daripada berzikir sampai melengah waktu solat.
“Sekarang kita sulit ke Tanah Suci, sulit berdoa di Raudah, hanya bisa menyesali kenapa waktu itu tidak kita gunakan sebaik-baiknya hanya untuk Allah.
“Begitupun, Dia (Maha Pengasih dan Penyayang), selalu memaafkan setiap hamba-Nya yang bertaubat. Panggillah kami menjadi tamu-Mu Ya Allah.” tulisnya penuh rayu.
Di akhir entri, Melly sempat memohon kemaafan di atas salah silap kepada rakan-rakan dan peminat sempena Hari Raya Aidiladha ini.
“Selamat menunaikan ibadah Haji bagi saudara-saudara Muslim yang terpilih,” jelas Melly yang berpengalaman beberapa kali menunaikan Umrah sebelum ini termasuk meraikan ulang tahun kelahirannya di sana.
Instagram: @melly_goeslaw
Must-Watch Video