Heboh baru-baru ini apabila penyanyi dangdut Indonesia, Lucinta Luna mengaku dirinya hamil selepas membuat ujian kehamilan (UPT) yang menunjukkan tanda positif.

Ia mengejutkan ramai pihak apabila penyanyi transgender yang pernah berduet dengan Datuk Seri Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana itu mengesahkan sudah berbadan dua.

BACA: Mengaku Hamil, Lucinta Luna Disindir Netizen

Isu tersebut telah mendapat perhatian seorang doktor yang dikenali sebagai Dr. Arisman di akaun Facebook. Doktor tersebut merungkai bagaimana ujian kehamilan pada seorang lelaki boleh menunjukkan tanda positif.

Menurut doktor tersebut, lelaki itu bukan hamil, sebaliknya disyaki mungkin mempunyai penyakit kanser testis.

“Ya. Memang boleh. Kaum adam boleh mendapatkan keputusan UPT (urine pregnancy test) yang positif pada kes tertentu. Apa dia? Iaitu air kencing seorang pesakit testicular cancer (kanser testis/ kanser buah zakar).

“UPT adalah untuk mendeteksi hormon HCG (human chorionic gonadotropin) yang dihasilkan oleh plasenta apabila seorang perempuan itu mula hamil. Jika tidak hamil, UPT kekal menjadi negatif kerana tiada hormon HCG beredar dalam darah atau air kencing.

“Untuk pesakit kanser testis ini, sel-sel kanser tersebut juga menghasilkan hormon yang mirip HCG sehingga UPT tersebut bertukar menjadi positif. Ianya bukan mustahil,” katanya.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fattah itu juga mendakwa kini dia mengalami symptom muntah-muntah serta lewat datang bulan.

Pun begitu, Dr. Arisman mengingatkan tidak semestinya juga UPT positif itu menandakan seseorang lelaki itu mempunyai kanser testis.

“Tetapi perlu diingat, untuk mendiagnos seorang itu mengalami kanser testis adalah bukan melalui UPT.

“Tidak sama sekali. Ada yang mengalami kanser testis tetapi UPT nya masih sahaja negatif,” jelasnya.

Tidak sampai di situ sahaja, doctor tersebut turut menjelaskan lebih lanjut mengenai kanser testis serta rawatannya.

LELAKI HAMIL vs KANSER TESTIS Viral kelmarin tentang seorang artis lelaki Indonesia ''menjadi'' perempuan mengaku dia...

Posted by Dr. Arisman, MD. on Thursday, May 6, 2021