Baru-baru, pelakon Wafariena Roslan mendedahkan yang dia mengalami kecederaan akibat melakukan aksi lagak ngeri (stunt) sendiri ketika sesi penggambaran.

Malangnya, difahamkan pengarah bagi drama tersebut dikatakan lepas tangan sungguhpun dramatis itu sedang dirawat di hospital akibat kecederaannya.

Rentetan daripada insiden berkenaan, pelakon Azhan Rani meluahkan perasaan di Instagram, mengimbau kembali kejadian kemalangan yang dialaminya tidak lama dahulu.

“Semoga cepat sembuh Wafariena. Benda nak jadi nak buat macam mana kan? Tapi bila jadi apa pula tindakan untuk elak perkara ni berulang dan siapa yang nak tanggungjawab?

“Bukan nak ungkit, sekadar kongsi. Kes aku accident dulu, aku dikerahkan mengejut datang ke set shooting tengahari kononnya ada pelakon yang patut datang waktu tu tak dapat datang.

“Masa tu call time aku sepatutnya 4 petang. Walaupun dah beritahu aku sukar nak datang ikut waktu tu sebab lokasi rumah aku agak jauh dan mustahil sampai waktu yang diminta kalau aku drive. Pilihan yang ada aku kena bawa motor saja.



“Aku beritahu awal siap-siap aku akan rushing kalau nak juga aku datang time tu. Takdir Allah tepat waktu tengahari aku tergolek kemalangan,” katanya menerusi kapsyen Instagram.

Menurut Azhan, ketika itu dia meminta tolonga orang yang berada di lokasi kejadian untuk membantunya membuat panggilan video dengan pihak produksi.

“Lepas tu wakil production datang tengok aku kat (bahagian) kecemasan hospital dan tolong call sahabat baik Beto Kusyairy untuk uruskan aku lepas tu. Yang lain dia bantu carikan towing motor aku ke rumah sahabat aku dan sahabat aku yang bayarkan towing tu.

“Itu sajalah dari produksi untuk aku. Selain call sebelum aku kena operation nak bagitau watak aku akan digantikan orang lain, adalah jugalah sekali dua mereka call dan message tanya khabar bagi kata semangat dan delivery sebakul buah-buahan kat hospital,” katanya lagi.

Begitupun, Azhan berkata, sepanjang lapan hari berada di hospital untuk mendapatkan rawatan, tiada seorang pun datang menjenguk.

“Ya lah yang lagi penting cerita tu siap bukan nyawa aku pun. Aku accident untuk pergi kerja. Sayangnya pelakon ni alien. Ye aku takda Socso. Takda undang-undang pun wajibkan production ambik Socso untuk pekerja seni. Memang kalau Allah tarik nyawa aku hari tu mati katak je la. Lepastu korang baca posting belasungkawa Azhan Rani je la.

“Nasib aku mungkin baik sikit sebab aku ada insurance sendiri. Daripada masuk wad, pembedahan sampai ulang-alik buat physio lebih RM50,000 juga kos dia. Tutup mata lah sebab ada insurance. Tapi itu aku. Terfikir pula kalau krew dan pekerja belakang tabir? Siapa yang akan bela nasib mereka? Sama-sama kita perbaiki,” tutupnya.

BACA: Azhan Rani Kemalangan Motosikal, Beto Kusyairy Tolong Update Keadaan Terkini - "Dia Stabil & Masih Dalam Jagaan Pakar

BACA: “Permintaan Tulus Sebelum Aku Tutup Mata” - Ini Hajat Azhan Rani Sempena Hari Lahirnya…

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!