Berita
“Memang Penat Bila Terpaksa Bawa Anak Pergi Kerja, Tapi...”- Syatilla Melvin
Pelakon Syatilla Melvin akui bukan mudah bila perlu membawa anak-anaknya bersama keluar bekerja.
Namun, Syatilla tidak pernah menganggap perkara berkenaan sebagai beban sehingga menjadi punca suami isteri bergaduh.
Menurut isteri kepada aktor Shaheizy Sam ini, anak adalah punca rezeki keluarga semakin mewah.
“Memang penat dan sangat-sangat menguji kesabaran bila terpaksa bawa anak-anak pergi kerja tapi jangan jadikan anak ni SEBAGAI BEBAN sebagai PUNCA LAKI BINI BEGADUH SEBAB TAK MAU JAGA ANAK!!
“Anak-anak ni RAHMAT dan REZEKI dari Allah bukan BEBAN!! Depa tak salah apa pun kalau hampa rasa depa ni alasan untuk hampa tak boleh nak bekerja. Nak pergi sini tak boleh, sana tak boleh, alasan anak tak ada siapa jaga.
“Aku sanggup susah payah asal anak-anak aku selamat depan mata aku. Penat memang penat teramat sangat tapi rezeki aku lain macam bila aku berkorban untuk anak-anak... Rezeki tak putus mencanak-canak! Ingat ANAK BUKAN BEBAN!!!” tulisnya.
Syatilla berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian terbabit, dia memuat naik foto saat mendakap anaknya yang sedang tidur di dalam kereta.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan Syatilla yang memberi inspirasi kepada semua ibu bapa.
Syatilla dan Sam bernikah pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Sheriv Samheizy , 2, dan Sarima Samheizy yang berusia enam bulan.
Must-Watch Video