Pelakon Zoey Rahman tidak menyangka apabila menerima kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.

Difahamkan hadiah tersebut diberikan oleh syarikat Mikaseries.

“Alhamdulillah memang tak percaya betul birthday tahun ni.

“Terima kasih yang mendoakan kejayaan saya. Semoga tahun 2021, adalah tahun kejayaan MIKASERIES .

“Terima kasih juga yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.

Zoey berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto bersama plak berbentuk kunci kereta tersebut bersama rakan-rakannya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut memberikan ucapakan hari jadi sempena ulang tahun kelahirannya.

Zoey merupakan pelakon dan juga pengacara yang terkenal dengan program Gerak Geri Gasing


A post shared by ? (@zoeyrahman)