Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi berkongsi sekeping foto bersama penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Dalam foto tersebut, Aznil menyunting wajahnya bersama Syafinaz menjadi lebih muda dari usia sebenar mereka menggunakan aplikasi FaceApp.

"Masa kami remaja, kami tak pernah bertemu, even bila Pak Nil dah tua dan @datuksyafinazofficial dah seorang wanita matang sekarang pun kami jarang berjumpa.

"Seandainya kami punya foto bersama semasa kami muda remaja dahulu, mungkin ini lah foto itu,"
tulisnya sebagai kapsyen.

Meskipun umum mengetahui wajah Pak Nil dan Syafinaz disunting dalam foto terbabit, rata-rata netizen tetap memuji Pak Nil sentiasa kelihatan awet muda.

"Memang tiada perbezaan dulu hingga kini.

"Muka Pak Nil tak berubah...still sama.

"Bila agaknya muka tua umur meningkat tapi still muka budak kolej,"
tulis netizen di ruangan komen.

Masa kami remaja, kami xpernah bertemu. Even bila #paknil dah tua dan @datuksyafinazofficial dah seorang wanita matang sekarang pun kami jarang berjumpa. Seandainya kami punya foto bersama semasa kami muda remaja dahulu, mungkin ini lah foto itu ? #faceapp

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on


Sedikit info mengenai Pak Nil, selebriti popular kelahiran Kuala Lumpur ini mula bergiat di industri hiburan tempatan pada tahun 1990 dan berjaya mempertahankan popularitinya sehingga kini.