Menangis Depan Kamera ‘Not A Problem’ Buat Nabila Huda - “Apa Yang Saya Tak Boleh Buat, Paling Susah Adalah…”
Asyikin Mayudin
05/07/2024 05:55 MYT
05/07/2024 05:55 MYT
Pelakon Nabila Huda mengakui menjadi pengacara untuk sebuah program merupakan sesuatu yang paling susah untuk dilakukan dalam kerjaya seninya.
Jiwa Hanya Pada Lakonan
Menerusi temu bual bersama penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad, Nabila atau mesra disapa sebagai Abil berkata jiwanya hanya pada dunia lakonan sahaja.
“Apa yang saya tak boleh buat depan kamera, paling susah adalah mengacara la. Memang itu yang paling susah… hosting. Sampai sekarang rasa macam itu bukan saya punya jiwa la.
“Dia still jadi macam awkward juga. Saya boleh tapi macam dia tak sampai… macam lakonan saya, letak pacak kamera saja, saya dah tahu dah nak buat apa. Dah macam jalan dalam jiwa.
“Darah saya, jiwa saya semua dah ada,” katanya menerusi video yang dikongsikan di TikTok Era.
Tak Ada Masalah Menangis Depan Kamera
Ketika ditanya mengenai lakonan menangis di hadapan kamera, Nabila memberitahu dia boleh melakukan babak itu apabila sudah menjiwai watak.
“Not a problem (menangis depan kamera). Kalau dalam karakter boleh la, tapi kalau sekarang korang suruh aku macam ‘Abil cuba menangis’ eh tak boleh la, banyak punya cantik,” kata Nabila.
undefined
Rata-rata netizen memuji lakonan anak kepada penyanyi rock Malaysia Amy Search itu yang sememangnya sangat hebat dalam setiap watak yang dilakonkan.