Hiburan

Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"

gempak
Firdaus
27/06/2024
06:25 MYT
Sponsor Banner
Netizen Terhibur Tengok Anak Perempuan Hairul Azreen Menangis Nak Jumpa Lee Zii Jia - "Dia Nak Jumpa Lee Zii Jia, Anak Aku Sibuk Nak Jumpa Upin Ipin"
Pelakon Hairul Azreen baru-baru ini memuat naik hantaran mencuit hati memaparkan anak perempuannya, Alisa menangis meminta untuk bertemu bersama bintang badminton negara, Lee Zii Jia.

​BERITA TRENDING: Kongsi Foto Pegang Perut, Netizen Syak Hanis Zalikha Pregnant?

Lee Zii Jia Datang Rumah

Menurut Hairul di ruangan kapsyen entri tersebut, dirinya menyatakan bahawa Lee Zii Jia ada hadir ke rumahnya namun Alisa terlepas peluang untuk bertemu atlet negara berkenaan kerana berada di sekolah.

BERITA TRENDING:Artis Lelaki Pernah Hancurkan Hati Hairul Azreen - “Saya Ingat Sampai Hari Ini”

"Semalam daddy ada cakap Lee Zii Jia akan datang. Tapi Alisa dekat sekolah semasa dia (Lee Zia Jia) hadir. Terima kasih Uncle Lee Zii Jia sanggup datang balik," tulis Hairul.

​BERITA TRENDING: #GMW: Trend NPC Jadi Ikutan, Refal Hady Malu-Malu & Menariknya Filem Malbatt: Misi Bakara

Dalam pada itu, pada penghujung video dapat dilihat Lee Zii Jia meluangkan masa bermain badminton bersama Alisa.

​BERITA TRENDING: Hairul Azreen Umum Bersara Jadi Pelakon, Malbatt: Misi Bakara Filem Terakhir!

"Bertuahnya Alisa...

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berseloroh meluahkan rasa cemburu dengan permintaan Alisa yang menjadi kenyataan dalam sekelip mata.
Untuk info, Hairul telah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live