Minggu lalu telah berlangsungnya pertunjukkan fesyen jenama tempatan, Shawl Publika yang diadakan di Setia City Convention Centre, Shah Alam.

Bertemakan Timeless Raya, himpunan rekaan kali ini mencipta sejarah tersendiri dalam pencapaian jenama itu sejak diwujudkan pada tahun 2015.

Buat julung kalinya, jenama itu menggunakan kain sari bercorak (printed saree) sekali gus manjadikan mereka rumah fesyen tanah air pertama membawa masuk fabrik eksklusif tersebut.

"Setiap tahun mesti akan ada kelainan, kita ingin mengeluarkan rekaan yang berbeza. Kami tidak pernah mengeluarkan kain sari bercorak (printed saree) sebelum ini.

"Saya seorang yang suka menerima komen daripada pengikut setia kami. Sebelum ini, kita tidak pernah terjumpa rekaan yang cantik memandangkan 'printed' terkenal di Vietnam, Indonesia dan China.

"Saya akan melancong ke seluruh India untuk mendapatkan inspirasi. Jadi, kami telah pergi ke Chennai memandangkan di situ banyak kedai yang menjual 'printed' sari malah semuanya cantik serta 'material' juga berbeza," kata pengasasnya, Nur Hidayu Zorkafli.

Di samping itu, koleksi tahun ini buat pertama kalinya mengeluarkan koleksi kurung Kedah dan Pahang menggunakan sari bercorak.

Pertunjukkan fesyen pada malam itu juga dimeriahkan lagi dengan persembahan penyanyi Dayang Nurfaizah.

Thank you @dayangsayangkamu for tonight #shawlpublikatimelessraya2019 #dreamcometrue

A post shared by Nur Hidayu Zorkafli (@ayuzorkafli) on


Koleksi Aidilfitri Timeless Raya 2019 boleh dibeli secara online menerusi laman web www.shawlpublika.com, agen-agen sah atau di butik jenama terbabit.

Harga dijual bermula daripada RM399 hingga RM599.

Alhamdullilah we did it again team! Syukur Alhamdullilah fashion show #shawlpublikatimelessraya2019 berlangsung dengan jayanya semalam. Ini merupakan tahun kedua kami buat solo fashion show. Preparation yang mengambil masa hanya sebulan sahaja ini (very last minit) takkan terjadi tanpa team yang sangat komited dengan tugas masing-masing. Tak dilupakan juga, mereka yang terlibat secara langsung & tidak langsung. Di sini jugak saya ingin mengucapkan berjuta juta lemon terima kasih buat family, @laskarsonas , @ayymanrahim , @budayanya ,semua sponsor, kawan2 brand owner, influencer, artist & media yang datang (semua yang datang ada surprise nak bagi nanti), you are the best! Maaf untuk segala kekurangan & In Shaa Allah kita akan perbaiki dari masa ke semasa. And to my dearest team, my adiks, my kesayangan, thank you for being an essential part of Shawlpublika success. Love u all to the moon & never back ❤️ #tagyourself #ramaisgtnaktagni #lol

A post shared by Nur Hidayu Zorkafli (@ayuzorkafli) on