Menarik Isnin: Duit Raya Bilal RM14k, Ibu Anita Baharom Meninggal Dunia, Syatilla Melvin Selamat Bersalin

Azwa Rahman
Mei 9, 2022 15:09 MYT

Salam 8 Syawal guys! Ada banyak kisah menarik dan hangat sepanjang Isnin, jom kita recap.

1. Duit Raya Muhammad Bilal berjumlah RM14,000
Neelofa mencuri perhatian apabila berkongsi hasil kutipan duit raya yang diperolehi oleh anak lelakinya sepanjang seminggu bulan Syawal berlalu adalah berjumlah RM14,000.
BACA: Baru Berusia 4 Bulan, Muhammad Bilal Dapat Duit Raya RM14,000! Siap Wang Kertas 1,000 Dirham
2. Ibu Anita Baharom meninggal dunia
Pelakon Anita Baharom diuji pula dengan kehilangan ibunya, Wirmah Pawanchee pada 6 Mei lalu.
BACA: "Syurga Ita Dah Tak Dak Mak" - Hari Ibu Berendam Air Mata, Ibu Anita Baharom Meninggal Dunia
3. Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sambut kelahiran anak ketiga
Pelakon Syatilla Melvin selamat melahirkan anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Isnin bersamaan dengan 8 Syawal.
BACA: Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Sambut Kelahiran Anak Ketiga Pada 8 Syawal
4. Rizalman kongsi kisah ‘Raja Permaisuri Agong’ jadi scammer
Datuk Rizalman Ibrahim berkongsi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani yang hampir diperdaya scammer yang menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
BACA: Rizalman Kongsi Scammer Menyamar ‘Permaisuri Agong’, Minta Transfer Duit RM3,000!
5. Seronok beraya sampai tertinggal ibu
Gara-gara seronok menyambut lebaran, sebuah keluarga tertinggal ibu mereka ketika beredar daripada rumah saudara.
BACA: “Ni Mesti Kata Nak Balik Tapi Sambung Borak” - Seronok Beraya Sampai Mak Tertinggal!? Netizen Kata Normal Lah!

#Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Duit raya Bilal