Jumaat pun tiba, jom kita tengok balik artikel-artikel menarik yang trending sepanjang hari ini:

#1. Penyanyi Aizat Amdan menafikan khabar angin mendakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak.

BACA: Aizat Amdan Nafi Sudah Kahwin Senyap-Senyap - "Astagfirullah, Budak Dalam IG Tu Sebenarnya Anak..."

#2. Kisah penderaan seorang kanak-kanak istimewa, Adik Bella telah menggemparkan seluruh rakyat Malaysia. Masakan tidak, anak yang tidak tahu apa-apa itu diperlakukan dengan kejam sehingga menyebabkan kecederaan yang teruk pada seluruh badan.

BACA: Dipaksa Makan Najis Sendiri & Disimbah Air Panas Berulang Kali, Ini Jenis Penderaan Yang Diterima Adik Bella

#3. Tular video seorang peniaga pasar yang sebak apabila terpaksa menggunakan duit yang disimpan untuk membeli baju raya anak-anak demi membayar saman sebanyak RM500.

BACA: Sebak! Terpaksa Bayar Saman Guna Duit Baju Raya Anak, Caprice Minta Cari Peniaga Ayam –“Nak Hantar Baju Raya 1 Set”

#4. Mengambil kira maklum balas orang ramai, pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

BACA: Ambil Kira Maklum Balas Orang Ramai, Pelitup Muka Bertanda MS SIRIM Tangguh 1 Januari 2023

#5. Menerusi video yang dikongsi di TikTok, seorang wanita berkongsi perasaan yang dialami selepas dia diajak oleh ibu mertuanya untuk mengambil kad nikah hanya selepas suaminya sudah kembali ke pangkuan Ilahi akibat kemalangan.

BACA: Hanya Sempat Bergelar Isteri Selama 18 Hari, Wanita Ini Ambil Kad Nikah Dengan Ibu Mentua Tanpa Suami Di Sisi