Selamat hari Khamis guys. Banyak cerita menarik kami nak kongsikan bersama anda hari ini, jom!

1. Syahmi Sazli tutup perniagaan balang air

Pengarah, pelakon dan juga bintang YouTube terkenal, Syahmi Sazli mengambil keputusan untuk menutup perniagaan air balang yang diusahakannya.

BACA: “Takut Terambil Hak Orang Lain” - Syahmi Sazli Ambil Keputusan Tutup Perniagaan Air Balang

2. Adibah Noor makin kurus

Adibah Noor mengamalkan pemakanan sihat kerana sudah tiba masanya menjaga kesihatan diri memandangkan usianya kini sudah mencecah 52 tahun.

BACA: Penampilan Makin Kurus, Adibah Noor Kejutkan Netizen! - “Saya Hadkan Makan Enam Suap Sahaja..”

3. Ellie Suriaty tak terkejut Azri nak kahwin baru

Ellie Suriaty tidak terkejut apabila bekas suaminya, Azri Iskandar umum bakal berkahwin dengan seorang wanita bernama Azra Diera Abdul Hamid sedangkan tempoh proses edah mereka masih belum habis.

BACA: "Naluri Seorang Isteri Kuat…”- Baru Cerai 3 Minggu, Ellie Suriaty Tak Terkejut Azri Dah Nak Kahwin Lagi!

4. Shuib tak sanggup berjumpa dengan wanita mirip isteri

Pelawak Shuib Sepahtu mengakui tidak bersedia untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip arwah isterinya Siti Sarah Raisuddin selepas pertemuan individu itu dengan keluarga mentuanya tular di laman sosial baru-baru ini.

BACA: Shuib Akui Tidak Mampu Nak Berjumpa Dengan Wanita Mirip Arwah Isteri - “Saya Tak Nak Seksa Diri”

5. Ustaz Kazim luah sudah lama tak dapat nikmat tidur lena.

Pada Rabu Ustaz Kazim meluahkan rasa rindu untuk menikmati bermimpi dan tidur lena yang telah lama hilang dari hidupnya.

BACA: “Sakit, Pedih, Miang..” - Lama Tak Rasa Nikmat Tidur Lena, Luahan Ustaz Kazim Raih Simpati Netizen