Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Menarik Selasa: Ustazah Tegur Ifa Raziah, Yonnyboii Sentap & Cheta Potpet Agih RM20,000 Untuk Orang Ramai

Mya Amri
24/05/2022 16:35 MYT
Sedikit kelainan, kali ini banyak pula kisah viral yang berlaku pada Selasa.

Kami kongsikan lima yang paling menarik sepanjang Selasa.

#1: Ustazah Asmak Husin Tegur Kenyataan Ifa 'Belum Pakai Tudung Tapi Allah Jemput 3 Kali Ke Makkah' - "Tetap Berdosa Walau Dah ..."

Pendakwah bebas Ustazah Asmak Husin menegur kenyataan yang dibikin selebriti versatil, Ifa Raziah mengenai isu tudung dan Makkah baru-baru ini.

Jelas Ustazah Asmak, bertudung itu wajib bagi setiap wanita dan hukumnya berdosa sekiranya meninggalkan suruhan Allah.


#2: "Couple Disanjung, Yang Dah Kahwin Dihina" - Yonnyboii Sentap Baca Komen Netizen Kutuk Isteri Tak Bertudung?

Penyanyi rap Yonnyboii meluahkan kekesalan terhadap segelintir netizen yang suka mencari kesalahan isterinya, Nik Nazira susulan tindakannya yang sudah tidak lagi berhijab.

Tulis Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Nuriman Nor Azrin di Instagram Stories, dia hairan apabila netizen lebih sanjungi pasangan bercinta berbanding suami isteri.


#3: Cheta Potpet Sedia Satu Peti Duit Raya, Agih RM20,000 Kepada Orang Ramai Serbu Open House - "Kali Ni Saya Lepas Geram!"

Usahawan kosmetik popular Pulau Pinang, Cheta Potpet menyediakan sejumlah RM20,000 duit raya untuk dikongsikan kepada tetamu yang hadir pada rumah terbukanya yang diadakan di ibu pejabat Secret Desire, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini.


#4: “Ayah Tak Lawan, Lindung Lengan Kiri & Pinggang Takut Tapak Dialisis Pecah” - Luluh Hati Anak Lihat Bapa Dipukul
Rakaman video tular yang merakamkan warga emas yang dibelasah oleh seorang penunggang motosikal mengundang simpati masyarakat.

Tidak cukup dengan itu video berkenaan juga menimbulkan pelbagai tanggapan dan spekulasi mengenai kejadian tersebut.


#5: "Sumpah This Is Not Gimik, Ini Real" - Muka Aliff Syukri Kena Cakar, Staff Menggelupur Kena Rasuk Hantu?

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berdepan detik cemas apabila salah seorang daripada kakitangannya dipercayai telah dirasuk oleh makhluk halus.

Berkongsi perkara terbabit di Instagram, sepotong klip video memaparkan aksi Aliff sendiri cuba mengubati dan menenangkan kakitangan wanita yang dirasuk itu tular di media sosial.
#Recap #Gempak Recap