Laman Utama

Mencuri Raden Saleh Membariskan Bakat Muda Yang Fresh! Jom Kenali 6 Pelakon Utama Filem Aksi Heist Terbaik Indonesia Ini!

Shahrin Zulkifle
17/09/2022
10:00 MYT
Mencuri Raden Saleh merupakan sebuah filem aksi heist terbaik Indonesia tahun 2022 dan bakal menemui penonton Malaysia di pawagam seluruh negara bermula 22 September ini.
Filem ini membariskan pelakon-pelakon muda Indonesia yang berbakat besar selaku tunggak utamanya.
Berikut merupakan enam karakter utama yang dikenali sebagai ‘Komplotan’ dalam Mencuri Raden Saleh.

1. Iqbaal Ramadhan

Iqbaal Ramadhan dipertanggungjawabkan memegang watak bernama Piko yang juga dikenali sebagai The Forger (pemalsu lukisan). Piko merupakan seorang mahasiswa jurusan seni rupa dan memiliki bakat melukis yang sangat handal. Sebagai seorang pelukis, Piko turut digambarkan memiliki sifat sensitif yang tinggi dalam kalangan ahli Komplotan.
Selain melakukan kerja-kerja memalsukan lukisan, Piko juga seorang peniaga di Pasar Gelap (Black Market) bersama sahabat baiknya, Ucup.

2. Angga Yunanda

Seterusnya, Angga Yunanda yang memegang watak sebagai Ucup iaitu sahabat baik kepada Piko. Ucup memiliki kemahiran dalam bidang teknologi (IT) dan digelar sebagai The Hacker.
Ucup juga handal dalam mengatur strategi dan bijak mengawal keadaan ketika berlakunya situasi cemas. Karakter Ucup juga dikatakan mampu membuat penonton melting kerana sikapnya yang sopan dan baik.

3. Aghniny Haque

Selain itu, filem ini turut memperkenalkan Aghniny Haque yang berperanan sebagai Sarah dengan memilki kemahiran seni mempertahankan diri yang cukup hebat. Kemahiran yang dimilki Sarah menjadikannya ahli terkuat dalam Komplotan dan menerima gelaran The Bodyguard.

4. Rachel Amanda

Sementara itu, watak gadis bernama Fella diberikan kepada pelakon cantik Rachel Amanda. Fella merupakan tukang judi di kampusnya. Biarpun dikatakan memiliki pemikiran seorang tukang judi, namun dia mempunyai kelebihan lain yang mampu menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ dalam Komplotan.
Gelaran yang diberikan kepada Fella ialah ‘The Negotiator’ kerana sering berunding dengan pihak luar bagi memastikan rancangan Komplotan untuk membalas dendam kepada pihak yang menganiaya mereka berjalan lancar.

5. Umay Shahab

Umay Shahab pula beperanan sebagai Gofar dengan kemahiran yang dimilikinya sebagai seorang mekanik di bengkel kenderaan. Menerima gelaran ‘Handyman’, Gofar dikatakan seorang yang keras kepala dan cepat gementar apabila berada dalam situasi cemas.

6. Ari Irham

Seterusnya Ari Irham yang membawakan watak bernama Tuktuk iaitu adik kepada Gofar. Tuktuk digambarkan sebagai seorang yang mahir dalam mengendalikan kenderaan dan mempunyai skil drifting yang hebat.
Kerana minatnya yang mendalam terhadap kereta, Tuktuk turut memasang impian untuk memiliki bengkel membaiki kenderaan bersama abangnya, Gofar.
Sinopsis
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan karya Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa.
Namun, misi mereka telah dikhianati dan tanpa diduga kesemua mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan kembali nama baik mereka.
Saksikan Mencuri Raden Saleh bermula 22 September ini di seluruh pawagam Malaysia dan turut mengikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Watak ‘The Hacker’ Buat Angga Yunanda Minat Belajar Tentang Dunia IT

gempak
03/10/2022
13:00 MYT
Angga Yunanda The Hacker
Laman Utama

Lakonkan Adegan Gaduh Dengan 6 Lelaki Sambil Sarung Tumit Tinggi, Aghniny Haque – “Agak Mencabar”

gempak
01/10/2022
13:00 MYT
Cabaran Aghniny Haque dalam Mencuri Raden Saleh
Laman Utama

Umay Shahab Sanggup ‘Botak’ & Hilang 5 Kg Berat Badan Demi Mencuri Raden Saleh

gempak
28/09/2022
13:30 MYT
Umay Shahab sanggup botak demi watak
Laman Utama

“Aku Memang Tak Menyesal Langsung Bayar Tiket…” – Penonton Malaysia Puas Selepas Saksikan Mencuri Raden Saleh

gempak
26/09/2022
13:30 MYT
Penonton Malaysia puas tengok Mencuri Raden Saleh
Laman Utama

Mencari Filem Bergenre Heist Untuk Ditonton? Ini 4 Filem Heist Terbaik Yang Kami Sarankan! No 4 Paling Best!

gempak
24/09/2022
10:00 MYT
Filem-filem heist terbaik