Laman Utama

Mengaku Alami Kifarah, Pesanan Padu Dari Lelaki Yang Pernah Gagal Berpoligami: “Selamat Pening Kepala”

gempak
Maliah Surip
23/08/2023
08:22 MYT
Sponsor Banner
Mengaku Alami Kifarah, Pesanan Padu Dari Lelaki Yang Pernah Gagal Berpoligami: “Selamat Pening Kepala”
Kisah Abang Tesla membuat konten berkahwin dua selepas mendapat restu isteri pertama dan mempamerkan mereka solat Subuh berjemaah beberapa jam sebelum berpoligami baru-baru ini telah menjadi tular dan menuai pelbagai pro dan kontra.
Pada saat ramai kaum wanita marah dan tidak boleh menerima perlakuan tersebut biarpun ia sah di sisi Islam, ada juga kaum lelaki yang nampaknya kurang bersetuju dengan poligami.
Salah seorang yang bercakap tentang isu poligami ini adalah pengguna Facebook dengan nama Ahmad Helmie Hassan.
Menerusi catatan panjang lebar itu, lelaki tersebut berkongsi mengenai kehidupannya yang pernah berpoligami sehingga kini hanya memiliki seorang isteri selepas berpisah dengan isteri pertama.
Dalam catatan yang diberi judul Coretan pengalaman sebagai Lelaki Berotak Poligami, dia menceritakan suka duka perjalanan mahu berpoligami dan memberi nasihat buat kaum lelaki yang ingin atau sedang berpoligami.
“Ada sedikit pengalaman hidup dan nasihat kepada LELAKI. CONCLUSION Ambo, kita LELAKI yang tidak mampu berlaku ADIL. TIADA KEMAMPUAN zahiriah, lahiriah, kecuali mendapat perkenan persetujuan kedua-dua Isteri secara TOTAL & MUTLAK.
“Dan kedua-dua ISTERI WAJIB menjadi KAWAN BAIK.
“Baru lah POLIGAMI itu Indah Nian. Kalau NAGA sama NAGA, definitely kita LELAKI yang sakit kepala.
“Jika NAGA bertemu NAGA, akhirnya kita LELAKI yg jadi manusia yg akan dipersalahkan kerana tidak mampu BERTANGGUNGJAWAB DAN ADIL apabila berpoligami.
“Musibah dan Bala bertimpa-timpa sekarang menimpa Ambo maybe adalah KIFARAH & BALASAN ALLAH SWT kepada Ambo akibat TIDAK ADIL, TIDAK AMANAH dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB terhadap kedua-dua Isteri dan keenam-enam Anak hasil daripada pernikahan yang SAH BERPOLIGAMI mengikut undang-undang Negara pada usia 30an,” luahnya.
Dia juga mengatakan: “Jika ada sahabat2 LELAKI GENTLEMAN bertanya Ambo, definitely hari ini Ambo berpendapat, POLIGAMI adalah PEMBUNUH quality time kita bersama anak BINI secara TOTAL.
“Banyak kesan EMOSI telah membunuh Jiwa Lelaki kita dan semestinya Jiwa EMOSI Isteri-Isteri kita juga hancur luluh hanya kerana episod drama-drama yg tidak berpenghujung.
“Dan ini telah membunuh sifat penyayang kita terhadap Wanita yang kita sayangi secara mutlak.
“Kalau nak merasa hidup susah dàn sakit kepala macam Ambo, BERPOLIGAMI lah Sahabat sahabat LELAKI sekalian.
SELAMAT SAKIT PPALO kepada mereka yang BERPOLIGAMI, Ambo sudah lepas azab sakit kepala BERPOLIGAMI,” katanya lagi.
Menerusi catatan sama, dia mengatakan fokus hidup kini diberikan kepada enam anak hasil perkahwinan dari isteri pertama (dua orang) dan kedua, (empat orang).
BACA SINI: Abang Tesla Minta Maaf Pada Kaum Lelaki
BACA SINI: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024