Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mengaku Tak Bersalah, Alif Teega Mohon Dibicarakan

Ernalisa
20/09/2024 02:29 MYT
Pempengaruh media sosial, Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, atau Alif Teega mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menyalahgunakan dana awam.

Pengakuan itu telah dibuat di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat.

Minta dibicara

Mengikut kertas pertuduhan Alif didakwa melakukan perkara itu pada 26 April ddi CIMB bank Kuala Lumpur Jalan Kerinchi Gerbang Kerinchi telah secara tidak jujur menyalah gunakan harta iaitu wnag tunai RM36,047.25 sen bagi tujuan infak iftar di Syria yang mana boleh didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana ke­salahan menyalahgunakan dana awam.

Bagi pertuduhan kedua, Alif pada 15 Jun tahun lalu di lokasi yang sama secara tidak jujur telah didakwa menyalah gunakan harta iaitu wang tunai RM27,555.13 sen jom sertai infaq daging Qurban.

Alif bagaimanapun mohon dibicarakan atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Mahkamah memutuskan jaminan RM50,000 termasuk seorang penjamin.

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Teega Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok - “SPRM Mendapat Izin Mendakwa…”

ARTIKEL BERKAITAN: Kelihatan Tenang Sebelum Didakwa, Alif Teega Siap Dipeluk Erat Oleh Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: "Allah Uji Sedikit Supaya Kita Bersyukur..." - Aisyah Hijanah

ARTIKEL BERKAITAN: “Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega

Selain syarat tambahan OKT perlu menyerahkan pasport sehingga kes tersebut selesai dan diminta melaporkan diri ke pejabat SPRM.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Saleh.

Sebutan semula kes 21 Oktober depan.

Pada 11 Julai lalu, Alif Teega, 30, bersama isterinya, Aisyah Hijanah Azhari, 26 direman empat hari.

Pasangan suami isteri itu ditahan SPRM susulan dakwaan isu penyelewengan kutipan derma.

Pasangan itu tular di media sosial selepas terpalit dengan isu dakwaan menyeleweng kutipan wang derma.

#Alif Teega #Aisyah Hijanah #Alif Teega didakwa #Salahguna dana awam #Alif Teega minta bicara