Hiburan
Mengapa Osman Ali Memilih Banyak Wajah Baru Berlakon Filem Langsuir?
Menjadi seorang sutradara prolifik membuatkan Osman Ali sering tampil dengan buah tangan terbaru, tidak kiralah drama, telemovie atau pun filem.
Osman juga sering bekerjasama dengan pelakon yang sama seperti Maya Karin, Remy Ishak dan ramai lagi.
Terkini, Osman tampil dengan sebuah filem baru berjudul Langsuir yang bakal bertemu peminat pada 20 September ini.
Menerusi laporan HLive, Osman tampil membuat kelainan dengan menggunakan bakat baru yang belum pernah muncul di layar perak.
"Selalunya, saya ambik pelakon yang sering bekerjasama dengan saya. Saya sengaja mahu mencuba perkara lain.
"Saya beri peluang untuk bakat-bakat baru dalam industri ini. Seperti contoh, Hannah Delisha dan Syafiq Kyle, mereka berbakat tetapi tidak mendapat peluang itu.
"Jadi, tak salah untuk memberi peluang kepada bakat baru. Apabila diberi peluang, mereka akan meneroka dunia lakonan dengan lebih lagi," kata Osman.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video