Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mengenangkan Nasib Anak Pale****, Misha Omar Menangis Ketika Bangun Tidur - “Suami Sampai Nasihat Deactivate…”

Izwan Isa
07/11/2023 23:50 MYT
Penyanyi Misha Omar mengakui terkesan dengan peperangan yang berlaku di Gaza sehingga menyebabkan dia sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam.

Misha ketika dijemput menghadiri program MeleTOP semalam berkata, rasa sedih dalam jiwanya membuak-buak, terutama apabila mangsa terkorban melibatkan kanak-kanak kecil yang tidak berdosa.

BERITA TRENDING: Uyaina Naik Angin Ramai Bersikap Neutral Terhadap Isu Pales*** - “Apa Yang Korang Susah Sangat Nak Faham?

“Saya rasa khususnya para ibu di seluruh dunia mengalami peristiwa patah hati bersiri yang masih belum tahu apa penghujungnya. Ada satu waktu itu, saya bangun (bangun tidur) saya menangis.

“Saya nak tidur malam, saya takut, sebab saya tidak tahu berita apa yang akan dihidangkan kepada saya esoknya. Sehinggakan suami berkata, deactivate media sosial. Tapi itulah, kita perlu gunakan platform itu untuk mengetahui apa yang berlaku,” katanya.

Menurut Misha, rasa serba salah menghantui dirinya dan dia percaya bahawa ramai dalam kalangan pengguna media sosial juga mengalami hal yang serupa.

BERITA TRENDING: Pakai Pakaian Solat Di Rumah, Warga Pales*** Sedia Mati Syahid Jika Kediaman Tiba-Tiba Dibom

“Jadi kita perlu terus berdoa. Bukan sahaja untuk saudara kita yang berada di sana, tapi untuk kita di sini juga. Hal ini juga peperangan mental health issue antara kita semua.

“Kak Mitch harap kita semua pandai menjaga diri, boleh ambil tahu tapi tahu hadnya untuk diri masing-masing,” katanya lagi.

#Misha Omar
;