Laman Utama
Pakai Pakaian Solat Di Rumah, Warga Pales*** Sedia Mati Syahid Jika Kediaman Tiba-Tiba Dibom
Bagi memastikan aurat terjaga jika ditakdirkan menemui ajal, warga Palestin kebiasaannya mengenakan pakaian solat pada ketika berada di rumah dan sentiasa bersedia syahid sekiranya kediaman dibom oleh Zionis Israel.
Hal berkenaan dikongsikan kembali dalam sebuah rakaman video oleh Toyor Al-Jannah dari Jordan.
BERITA TRENDING: Al-Fatihah… Guru Sekolah Al-Quran Di Malaysia Syahid Di Gaza
“Biasanya kami akan pakai pakaian solat dan bersiap seperti hendak keluar ketika berada di rumah. Hal ini kerana, kami jangka bila-bila masa sahaja kami boleh meninggal dunia akibat dibom. Kami akan berkumpul dalam satu bilik, jadi kalau mati, kami akan mati bersama.
“Kami akan membaca al-Quran dan meminta Allah SWT memberikan jalan keluar daripada semua ini. Menang atau kalah itu tidak apa yang dirisaukan sebab itu sudah dijanjikan oleh Tuhan.
“Mungkin kami jadi kuat sebab itu. Kami tak takut mati. Sebab mati bermakna syahid dan mereka yang mati syahid akan berada di syurga dengan izin Allah SWT,” ujar wanita itu.
Wanita itu menambah, hal ini yang menyebabkan rakyat Palestin semakin kuat dalam mempertahankan tanah air daripada kekejam Israel.
BERITA TRENDING: Heliza, Hazwani Kongsi Pengalaman Di Gaza: “Ada Kanak-Kanak Tiada Muka Tapi Masih Hidup”
“Berbanding dengan Zionis yang terlalu cintakan kehidupan dan takut mati. Hal itu yang menjadikan mereka pengecut,” tutupnya.
Must-Watch Video