Laman Utama

“Mengigil Rasa Nak Maki” Jadi Mangsa, Netizen Sakit Hati Tengok Ratusan Budak Sekolah Jalani Swab Test

Mya Amri
03/10/2020
01:33 MYT
Kira-kira 600 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang terpaksa menjalani ujian selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif Covid-19.
Berita itu ternyata menimbulkan kemarahan netizen apabila mereka mendapat tahu kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa akibat sikap tidak bertanggungjawab pihak lain.
Malah menerusi pemerhatian di laman sosial Twitter, netizen meluahkan rasa geram dan tidak senang melihat foto murid-murid menjalani ujian saringan Covid-19.
Rata-rata ciapan menyatakan mereka tidak dapat membayangkan bagaimana anak-anak kecil itu berdepan dengan prosedur yang menyakitkan. Selain itu, beberapa foto yang merakamkan murid-murid sekolah menahan perit sewaktu menjalani saringan Covid-19 itu juga mula tular dan masih menjadi perbualan di media sosial sehingga kini.
Marah, geram, sakit hati, itulah antara respon netizen yang tidak diungkapkan dengan kata-kata sebaliknya dilahirkan dalam bentuk coretan bernada kecewa.
Gambar: Dzul afti pic.twitter.com/ebZlrjt7l8— ??? ? (@iamajayrahman) October 1, 2020
Cikgu tu isteri Exco Kedah yang baru pulang berkempen di Sabah baru-baru ini. pic.twitter.com/oHLAB8hvCi— MiLo SuaM (@milosuam) October 2, 2020 Terdahulu, seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif Covid-19. Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum pergi mendapatkan rawatan di hospital Kedah.
Dalam perkembangan terbaharu, dianggarkan lebih 50 murid Tahun Satu dan Dua Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kemunting, di sini, bersama ibu bapa diarah menjalani ujian saringan Covid-19, semalam (2 Oktober 2020).
Arahan itu dibuat susulan seorang guru sekolah terbabit dikatakan mempunyai kontak rapat dengan suami yang menjalani kuarantin di rumah sebelum disahkan positif Covid-19 sebaik pulang dari Sabah.
Setakat 2 Oktober 2020, sebanyak 287 kes baharu positif COVID-19 direkodkan sekali gus merupakan jumlah tertinggi pernah dicatatkan di negara ini.
Menurut Dr Noor Hisham, negeri Kedah merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 129 kes diikuti Sabah, 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.
Foto: Dzul Afti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.