Laman Utama

“Meninggalkan Suami, 4 Anak Termasuklah Bayi” - PM Ucap Takziah, Turut Bersedih Pemergian Siti Sarah

gempak
Hanafis Haris
09/08/2021
11:57 MYT
Sponsor Banner
“Meninggalkan Suami, 4 Anak Termasuklah Bayi” - PM Ucap Takziah, Turut Bersedih Pemergian Siti Sarah

Turut berduka dengan pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil memberikan ucapan takziah.

Ucapan tersebut dibuat menerusi satu posting di Facebook rasminya, sebentar tadi.

Menurut Muhyiddin, bukan sahaja ahli keluarga dan peminat Siti Sarah sedang berduka, malah seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih.

“Innalillahwaiianilaihirojiun. Takziah saya ucapkan kepada Encik Shahmira Muhamad atau Shuib Sepahtu atas pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, yang meninggal dunia akibat COVID-19 awal pagi ini.

“Khabar duka kehilangan anak seni yang cukup berbakat ini meninggalkan suami, empat anak termasuk seorang bayi dalam keadaan Allahyarham bertarung nyawa di hospital, amat memilukan.

“Bukan sahaja ahli keluarga dan para peminatnya, bahkan seluruh rakyat Malaysia termasuk saya turut bersedih,” katanya.

Tambahnya, beliau juga berdoa semoga ahli keluarga dan sahabat Allahyarham tabah menghadapi detik-detik yang mendukacitakan ini.

“Marilah kita berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solehah.

“Semoga Allah SWT terus melindungi dan memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang memerangi pandemik ini. Insya-Allah.

“Ya Allah, ampunilah, rahmatilah dan redailah mereka yang telah terkorban akibat virus berbahaya ini.

“Moga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan moga keluarga yang ditinggalkan terus kuat mengharungi hari-hari mendatang. Al-Fatihah,” katanya.

Sekadar info, awal pagi tadi, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian Siti Sarah yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

BACA: Siti Sarah Meninggal Dunia

Penyanyi lagu Semakin itu sebelum ini bertarung nyawa akibat COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), HCTM.

Siti Sarah terpaksa ditidurkan dan melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, jam 5 petang pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, paras oksigen jatuh sehingga 40 peratus pada malam Jumaat, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, namun menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus.

Namun semalam, ketika majlis bacaan yasin secara maya menerusi aplikasi Zoom, suami Allahyarham, Shuib memaklumkan paras oksigen Siti Sarah jatuh sehingga paras 30 peratus.

Terdahulu, pada 27 Julai lalu, Siti Sarah mengesahkan dirinya dan keluarga positif COVID-19.

Selain Siti Sarah dan Shuib, tiga cahaya mata mereka, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.

Bagaimanapun, Shuib bersama anak-anak disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.

BACA: Jenazah Siti Sarah Selamat Dikebumikan – “Memang Permintaan Arwah Untuk Disemadikan Sebelah Pusara Ibunya…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live