Penyanyi Ismail Izzani akui pernah mengalami masalah kurang keyakinan diri.

Menurut Ismail, dia cuba memperbaiki kelemahannya itu dan cuba meningkatkan daya keyakinannya dengan melakukan ‘busking’.

“Saya banyak buat video di Instagram dan YouTube kerana minat. Selepas masuk pertandingan nasyid saya tiba-tiba rasa macam suka pula menyanyi.

“Yang sebenarnya YouTube banyak mengajar saya menyanyi, cara bercakap dengan orang tetapi bagi saya menyanyi depan laptop ini tidak cukup untuk menaikkan keyakinan diri.

“Ketika itu, saya sedar yanag saya mahu membuat perkara ini dengan serius jadi saya kena menaikkan tahap keyakinan diri saya.

“Nak kena nampak yakin atas pentas dan juga depan orang ramai. Jadi apa yang saya buat adalah… Busking. Sogo merupakan tempat pertama saya pergi busking.

“Alhamdulillah, sekarang baru nak mula berjaya dalam industri dan semakin ramai juga yang sudah mengenali nama Ismail Izzani,” katanya.

Kini Ismail merupakan salah seorang penyanyi yang menjadi kegemaran anak muda bermula dengan video YouTube yang pernah mencapai sebanyak 23 juta tontonan pada usia 19 tahun.

Ikuti perjalanan Ismail tentang bagaimana dari seorang penyanyi yang hanya menyanyi di sekolah, berani menjadi penyanyi jalanan tanpa bantuan serta pengetahuan keluarganya. Selain itu, dia juga berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam tempoh itu.

Selain Ismail, Curhat juga turut menampilkan pelakon Syida Melvin dan atlet futsal negara, Intan Serah.

Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.

Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.

Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.