Berita

Menyanyikan Lagu Ciptaan Orang Lain Merupakan Satu Cabaran - Jaz

Rozaimi Zubaidi
26/10/2017
07:26 MYT
Penyanyi muda popular kelahiran Brunei yang mencipta nama di Indonesia, Jaz mengakui sukar untuk menyanyikan lagu ciptaan orang lain untuk single keduanya, Kasmaran.
Jaz atau nama sebenarnya Abdul Aziz Hayat, 24, berkata, dia perlu melalui beberapa kali proses rakaman sebelum berpuas hati menyanyikan lagi itu.
"Sebelum ini saya hanya menyanyikan lagu sendiri dan itu merupakan sesuatu yang mudah kerana saya tahu cara untuk menyampaikan kepada pendengar.
"Namun apabila menyanyikan lagu ciptaan orang, ia merupakan satu cabaran baru kepada diri saya kerana risau tidak dapat penuhi apa yang mereka inginkan.
"Saya perlu memberikan nyawa kepada setiap lagu yang dinyanyikan supaya karya itu diterima dengan baik oleh setiap orang yang mendengarnya.
"Saya juga telah melakukan proses rakaman beberapa kali semata-mata untuk mendapatkan hasil yang memuaskan dan proses rakaman itu mengambil masa yang lama untuk disiapkan," katanya kepada Astro Gempak.
Jaz berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media, Eksklusif Showcase bersama Jaz di Red Box Plus, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jaz merupakan seorang penyanyi untuk lagu bertajuk ‘Dari Mata’ yang menjadi salah satu muzik latar dalam drama Suri Hati Mr. Pilot lakonan Fattah Amin dan Neelofa.
Single keduanya bertajuk Kasmaran merupakan hasil ciptaan Panji Sakti dan Bowo Soulmate.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.