“Mereka Cakap Perkara Yang Kurang Baik” - GPS & Recorder Antara Cara Bella Astillah Tahu Hubungan Aliff Aziz, Ruhainies
Mya Amri
04/04/2024 02:55 MYT
04/04/2024 02:55 MYT
Susulan isu yang berlaku, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah akui tidak pernah menyangka bahawa sahabat baiknya, Ruhainies akan mengkhianati dirinya.
Selain ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga mendakwa suaminya pernah ke rumah Ruhainies lebih dari lapan kali dan juga mempunyai perbualan tidak baik di dalam kereta.
“Saya tak pernah kongsi di Instagram (IG) sebenarnya kereta yang Aliff pakai adalah hadiah dari Bella.
“Sebab itu kereta yang di bawah nama saya, ada Sistem Pengesanan Global (GPS), bukan saya pasang untuk tengok Aliff dan saya percaya orang lain pun ada pasang sebab takut kereta hilang.
“Aliff selalu tak balik rumah, tapi pernah tak saya kongsi di IG. Saya perasan suami saya berubah selepas dia ‘shooting’ dengan Ruhainies.
“Orang di set juga cakap mereka merasakan Aliff dan Ruhainies ada sesuatu tapi saya tak boleh nak percaya sebab Ruhainies adalah kawan baik saya.
“Ada juga yang terlepas cakap dia panggil Aliff ‘baby’. Dia adalah sahabat saya yang sentiasa mendengar keluhan saya, kami pernah pergi Korea bersama-sama dan duduk sebilik.
“Jadi pada saya itu mustahil. Sebenarnya kakak angkat saya dan adik saya Didi juga mengatakan selepas tengok IG mereka, mereka rasakan ada sesuatu tapi saya cakap tidak, jangan berikan saya fikiran negatif,” katanya ketika ditemui Gempak.
“Aliff sebenarnya sudah pergi ke Pavilion Suite lebih dari lapan kali. Kalau pun kata saya nak perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka bertemu?
“Saya rasa lebih dari lapan kali, allahualam. Jadi bila saya mencari ibu Aliff sebenarnya saya mahu menyelamatkan Aliff dari pergi ke rumah Ruhainies sebab kita tahu Ruhainies ini siapa dan siapa di belakangnya.
“Siapa orang yang jaga dia, dan kita tak tahu orang yang menjga dia ada dendam dan sebagainya. Allahualam.
“Jadi saya selalu takut bila Aliff tak balik rumah. Bila saya sudah sangsi dan nampak dia ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies dan dia buat terkejut. Saya bukan sekadar cakap tapi saya ada bukti.
“Dia katakan dia tak tahu dan rupanya bila saya lihat lokasi Aliff, mereka bersama. Dia tipu saya, dia katakan dia tinggal di Four Season. Kalau dia sahabat saya, dia patutnya beritahu,” jelasnya.
“Sekiranya Ruhainies ingin menjatuhkan saya, saya percaya kuasa Allah lebih besar dari kuasa dia. Orang juga boleh menilai, netizen sekarang bijak.
“Apa-apa pun saya katakan waktu menunggu mereka keluar bukan 30 minit, anggota bomba dan JAWI tak boleh memberikan maklumat palsu.
“Sebenarnya saya nak simpan semua ini dan bercerai secara baik. Tapi mereka tidak habis-habis dengan muat baik hantaran di laman sosial.
“Sedangkan aib yang saya simpan bertahun-tahun ini lagi besar. Tak mengapa di bulan Ramadan ini, Allah Maha Besar.
“Kepada Ruhainies, awak jangan ingat itu adalah kali pertama Aliff datang ke rumah awak dan saya ada semua bukti.
“Saya pernah bincang dengan JAWI dan peguam, saya akan gunakan bukti ini di mahkamah. Antara Ruhainies dan Aliff juga ada perbualan tidak senonoh.
“Sebab sejak perubahan Aliff, saya letak ‘recorder’ dalam kereta, saya nak cakap pun malu tapi mereka bercakap perkara yang kurang baik.
“Jadi jangan menidakkan sebab Ruhainies kata mereka berkawan, sekali pun saya tak pernah nampak mereka bermesej atau telefon,” katanya.
Terdahulu, Bella turut mendedahkan Aliff pernah memohon bercerai pada 14 Februari lalu dan juga meluahkan keinginan untuk bercerai pada 31 Mac lalu selepas selesai dengan penggambaran drama.
Sebelum ini, Aliff dan aktres Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara.
Kemudian pada 13 Mac lalu, Bella memfailkan cerai terhadap Aliff secara ekspres dan kes itu akan disebut semula esok (Khamis) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
BERITA TRENDING: “Curang Dengan Adik Saya Sendiri” - Bella Astillah Dedah Sudah Dicurangi 11 Kali
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang masing-masing berusia tujuh dan empat tahun.
Selain ditangkap khalwat bersama Aliff Aziz, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, juga mendakwa suaminya pernah ke rumah Ruhainies lebih dari lapan kali dan juga mempunyai perbualan tidak baik di dalam kereta.
“Saya tak pernah kongsi di Instagram (IG) sebenarnya kereta yang Aliff pakai adalah hadiah dari Bella.
“Sebab itu kereta yang di bawah nama saya, ada Sistem Pengesanan Global (GPS), bukan saya pasang untuk tengok Aliff dan saya percaya orang lain pun ada pasang sebab takut kereta hilang.
“Aliff selalu tak balik rumah, tapi pernah tak saya kongsi di IG. Saya perasan suami saya berubah selepas dia ‘shooting’ dengan Ruhainies.
“Orang di set juga cakap mereka merasakan Aliff dan Ruhainies ada sesuatu tapi saya tak boleh nak percaya sebab Ruhainies adalah kawan baik saya.
“Ada juga yang terlepas cakap dia panggil Aliff ‘baby’. Dia adalah sahabat saya yang sentiasa mendengar keluhan saya, kami pernah pergi Korea bersama-sama dan duduk sebilik.
“Jadi pada saya itu mustahil. Sebenarnya kakak angkat saya dan adik saya Didi juga mengatakan selepas tengok IG mereka, mereka rasakan ada sesuatu tapi saya cakap tidak, jangan berikan saya fikiran negatif,” katanya ketika ditemui Gempak.
Kuatkan semangat buka GPS
Namun, satu hari Bella berkata dia kuatkan semangat untuk buka GPS dan dari situ dia mendapati Aliff sebenarnya menipu dia berkali-kali.“Aliff sebenarnya sudah pergi ke Pavilion Suite lebih dari lapan kali. Kalau pun kata saya nak perangkap, kenapa saya tak buat pada kali ketiga mereka bertemu?
“Saya rasa lebih dari lapan kali, allahualam. Jadi bila saya mencari ibu Aliff sebenarnya saya mahu menyelamatkan Aliff dari pergi ke rumah Ruhainies sebab kita tahu Ruhainies ini siapa dan siapa di belakangnya.
“Siapa orang yang jaga dia, dan kita tak tahu orang yang menjga dia ada dendam dan sebagainya. Allahualam.
“Jadi saya selalu takut bila Aliff tak balik rumah. Bila saya sudah sangsi dan nampak dia ke Pavilion Suite, saya telefon Ruhainies dan dia buat terkejut. Saya bukan sekadar cakap tapi saya ada bukti.
“Dia katakan dia tak tahu dan rupanya bila saya lihat lokasi Aliff, mereka bersama. Dia tipu saya, dia katakan dia tinggal di Four Season. Kalau dia sahabat saya, dia patutnya beritahu,” jelasnya.
Berhenti tutup penipuan
Dalam pada itu, Bella juga berharap Ruhainies dan Aliff berhenti untuk menutup penipuan masing-masing dan mencari kesalahannya untuk menutupi kes khalwat mereka.“Sekiranya Ruhainies ingin menjatuhkan saya, saya percaya kuasa Allah lebih besar dari kuasa dia. Orang juga boleh menilai, netizen sekarang bijak.
“Apa-apa pun saya katakan waktu menunggu mereka keluar bukan 30 minit, anggota bomba dan JAWI tak boleh memberikan maklumat palsu.
“Sebenarnya saya nak simpan semua ini dan bercerai secara baik. Tapi mereka tidak habis-habis dengan muat baik hantaran di laman sosial.
“Sedangkan aib yang saya simpan bertahun-tahun ini lagi besar. Tak mengapa di bulan Ramadan ini, Allah Maha Besar.
“Kepada Ruhainies, awak jangan ingat itu adalah kali pertama Aliff datang ke rumah awak dan saya ada semua bukti.
“Saya pernah bincang dengan JAWI dan peguam, saya akan gunakan bukti ini di mahkamah. Antara Ruhainies dan Aliff juga ada perbualan tidak senonoh.
“Sebab sejak perubahan Aliff, saya letak ‘recorder’ dalam kereta, saya nak cakap pun malu tapi mereka bercakap perkara yang kurang baik.
“Jadi jangan menidakkan sebab Ruhainies kata mereka berkawan, sekali pun saya tak pernah nampak mereka bermesej atau telefon,” katanya.
Terdahulu, Bella turut mendedahkan Aliff pernah memohon bercerai pada 14 Februari lalu dan juga meluahkan keinginan untuk bercerai pada 31 Mac lalu selepas selesai dengan penggambaran drama.
BERITA TRENDING: Dia Kata Allah Bagi Perasaan Itu” - Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Pernah Minta Cerai