Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Mereka Nak Cakap Apa Pun Cakaplah” - Thompson Goh Paling Sayang & Kenal Kucing Sendiri, Tak Peduli Komen Negatif

Mya Amri
25/11/2024 08:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Thompson Goh enggan mengambil pusing terhadap beberapa komen negatif yang diterima berkaitan haiwan peliharaanya iaitu kucing.

Tak peduli komen negatif

Malah Thompson menganggap mereka yang melemparkan komen negatif tentang cara penjagaan dan layanan terhadap kucingnya itu seolah-olah sengaja mencari perhatian.

“Dari segi komen negatif yang orang kata mengenai saya dan kucing, sebenarnya saya tak peduli pun apa yang mereka cakap.

“Saya tahu mengenai kucing saya lebih daripada mereka. Kucing saya memang nampak sihat, gebu, cukup makan.

“Orang yang ada kucing dia akan faham, untuk orang yang tak bela kucing… Senang cerita mereka nak cari perhatian,” katanya kepada Gempak.

Tak masuk akal sakiti kucing sendiri

Dalam pada itu, Thompson juga turut menjelaskan mengenai tuduhan yang dianggap tidak masuk akal apabila ada dalam kalangan netizen mendakwa dia menyakiti kucing kesayangannya.

“Saya bagi contoh mungkin di media sosial ada yang menganggap seolah-olah saya ‘membuli’ kucing tapi sebenarnya tidak.

“Contoh kalau saya pegang leher kucing, nampak di kamera mungkin macam kita mengenggam tapi sebenarnya hanya bersentuhan antara jari sahaja.

“Tidak sekasar apa yang anda lihat, saya tahu kucing saya lebih daripada mereka. Saya tak peduli apa tanggapan negatif orang sebab saya tak boleh halang apa yang mereka nak cakap.

“Mereka nak cakap apa mereka cakap sahajalah yang penting saya sendiri tahu tentang kucing saya dan diri saya lebih daripada anda semua,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Thompson yang membintangi Kahar: Kapla High Council ini memegang watak sebagai Li iaitu seorang penolong pengawas yang mahir dalam seni pertarungan Muay Thai.

Selain Thompson, Kahar: Kapla High Coucil dibintangi oleh Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Sky Iskandar dan Khenobu.

Kahar Kapla High Council adalah prekuel kepada drama premium High Council.

Astro Shaw juga mendedahkan nama-nama daripada siri premium popular Project High Council yang dikembalikan untuk filem prekuel ini.

Barisan pelakon tersebut adalah Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Nadhir Nasar, Naim Daniel, Yusof Hashim (Ucop), Sathisvaran, Hushairy Hussain, Ameer Asyraf dan Hasnul Rahmat.

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Puas Bawa Watak Beja! Bangga Jadi Anok Kelate - “Tak Rasa Kekok Nak Cakap Dialek Kelantan”

ARTIKEL BERKAITAN:Aedy Ashraf Pernah Dibuli, Sedar Kepentingan Martial Art - “Bukan Untuk Bergaduh, Sekurangnya Ada Asas Mempertahankan Diri”

ARTIKEL BERKAITAN:Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Syukur Dapat Atasi Trauma - “Kalau Saya Tak Hadapi Dengan Betul…”

ARTIKEL BERKAITAN:Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

ARTIKEL BERKAITAN:Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

Bercakap mengenai buli, filem terbaharu arahan Razaisyam Rashid iaitu Kahar: Kapla High Council bakal memberikan pengajaran kepada penonton mengenai impak yang berlaku bila budaya buli dibiarkan berleluasa.

Malah para pelakon Kahar: Kapla High Council juga menolak sekeras-kerasnya gejala buli yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

Saksikan filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama HM Entertainment, ZAK Capital dan GSC yang akan berada di pawagam bermula 28 November ini.

Jadi #StopViolence! Keganasan bukan jalan penyelesaian.

Jika anda atau orang yang dikenali menjadi mangsa keganasan atau buli, sila hubungi MIASA 24/7 Crisis Helpline di 1-800-180-066 atau MIASA 24/7 Crisis WhatsApp di 03-9765 6088.

#Netizen #Kucing #Kahar #Thompson Goh
;