Hiburan

“Mereka Panggil Saya Cik Reen...” - Farah Nabilah Suka Kanak-Kanak

gempak
Mya Amri
23/01/2019
15:02 MYT
Sponsor Banner
“Mereka Panggil Saya Cik Reen...” - Farah Nabilah Suka Kanak-Kanak
Pelakon, Farah Nabilah dilantik sebagai duta Yayasan Bantuan Pembangunan Asia-Afrika (ADRF).
Berkongsi mengenai perlantikannya itu, Farah memberitahu dia berasa teruja dan mahu memberikan fokus kepada misi kemanusiaan itu sepanjang tahun 2019.
“Ini adalah satu kepuasan untuk diri saya, rasa gembira apabila melihat kanak-kanak begitu seronok menerima barang keperluan sekolah.
“Paling tak sangka, ada juga yang panggil saya dengan panggilan Cik Reen, watak saya dalam drama.
“Yang menggelarkan saya sebagai teacher Farah pun ada juga. Seronok sebenarnya, rasa dekat dengan mereka.
“Saya suka melakukan kerja-kerja sebegini, bagi saya sampai bila nak kejar populariti?
“Saya mengambil contoh bintang antarabangsa, Angelina Jolie yang menjadi aktivis kemanusiaan.
“Tidak hanya berlakon, kalau boleh tahun ini biarlah kerjaya dan projek kemanusiaan ini seimbang,” katanya.
Farah Nabilah ditemui selepas majlis perlantikan sebagai duta ADRF bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Kuala Lumpur
Dalam perkembangan lain, Farah baru sahaja selesai menjalani penggambaran bersama Fikry Ibrahim menerusi telefilem Cik Reen Encik Ngok Ngek edisi Aidilfitri arahan Hadith Omar.
Foto: Instagram @farahnabilahofficial
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024