Pelakon Fizo Omar lega apabila masalah air kotor di Kelantan yang diadukan dua hari lalu berjaya mendapat perhatian Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB).

Kata Fizo pihak berkenaan telah menghantar bantuan menyelesaikan masalah air kotor di kawasaannya.

“Berkaitan isu air di Kelantan, pihak yang berkaitan Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) telah pun menghubungi saya.

“Mereka telah pun menghantar team untuk selesaikan masalah air kotor di kawasan saya,” katanya.

Pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

BACA: Air Kelantan Kotor, Fizo Omar Gesar Kerajaan Negeri Bertindak

Pun begitu, Fizo juga berharap masalah air diseluruh negeri Kelantan yang lain dapat diselesaikan juga.

“Saya berharap pihak yang berkaitan dapat selesaikan masalah air di semua kawasan di Kelantan,” pintanya.

Fizo turut berterima kasih kepada AKSB di atas kerjasama yang diberikan.

“Terima kasih di atas Kerjasama AKSB serta perhatian dan tindakan pantas yang diambil,” ucapnya.

Terdahulu, Fizo mengadu serta mendedahkan masalah air kotor yang dihadapinya di satu kawasan di Kelantan.

Aduan Fizo mendapat perhatian rakyat Kelantan yang selama ini akui menghadapinya sejak sekian lama.

A post shared by fizoomar (@fizoomar)