Viral
"Meremang... Scary!" - Jalan Sesat Ke Syurga Trending, Netizen Tak Sabar Tunggu Episod Baru
Episod pertama drama rantaian baharu Jalan Sesat Ke Syurga yang ditayangkan pada Isnin (3 Ogos) menjadi bualan ramai dalam kalangan penonton di media sosial.
BACA: "Perempuan Jadi Imam, Makmum Tak Pakai Telekung" - Teaser Jalan Sesat Ke Syurga Jadi Bualan Netizen!
Rata-ratanya memuji jalan cerita dan garapan baharu untuk mengangkat drama bergenre Islamik ke layar kaca.
Malah, ada yang meramalkan drama arahan bersama Osman Ali dan Shuhaimi Zulkefli itu bakal mencipta fenomena sehebat drama Nur dan Nur 2.
"Boleh tahan scary juga jalan cerita drama Jalan Sesat Ke Syurga ni. Baru tengok episod pertamaa dah macam ya Allah," tulis @emmanissss.
"Drama Jalan Sesat Ke Syurga ini kalau dapat simpulkan point cerita ni untuk balas hujah radicalism liberalism agak menarik," tambah @As_syatirii.
"Baru lepas tengok cerita ini, kualiti dia jauh lebih baik dari drama-drama Melayu tipikal atau drama pukul 7," tulis @haiqalafiq_.
"Ada konsep mati hidup kembali dalam drama Jalan Sesat Ke Syurga," sahut @Yay__Me.
"Episod pertama sangat scary, eye-opening and definitely different from other Malay drama i've watched," puji @Farrishaaa.
"Boleh tahan juga episod pertama drama Jalan Sesat Ke Syurga ni. Tak sabar pula nak tunggu esok. Balik kerja lepas ni hadap TV la gayanya," kata @amlxna.
Jalan Sesat Ke Syurga mengisahkan Inara, seorang gadis periang yang gemar berpeleseran diduga pengalaman 'mati hidup semula' hingga membuatkan dia insaf dan ingin mencari jalan kebenaran.
Ketika cuba mendalami Islam, Inara menjalinkan hubungan rapat dengan Hamzah dan pada masa sama keliru dengan fahaman Islam yang diamalkan kedua-dua ibu bapanya.
Jalan Sesat Ke Syurga dibarisi oleh Datuk Aaron Aziz, Siti Elizad, Aleeza Shadan, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi.
Jalan Sesat Ke Syurga mula ditayangkan di saluran Astro Prima pukul 6 petang setiap Isnin hingga Jumaat bermula 3 Ogos.
Must-Watch Video