,
Highlights

Meriah Dan Seronoknya Orang Dulu-Dulu Kahwin! – Nilai Sentimentalnya Penuh Nostalgik Dan Klasik

Huda Hussain
06/12/2019
15:05 MYT
Tiada yang dulu maka tiadalah yang sekarang. Sebutlah apa saja perkara, yang dahulu juga kita kenang dan masih berbekas di hati. Setuju? Siapa di sini lahir dalam era 80-an pasti tercuit memori kalau ingat tentang majlis kenduri-kendara sekitar 80-an dan 90-an kan? Kerana itu semua kenangan indah yang tiada galang ganti nilainya. Yalah, orang dulu-dulu kan punya nilai sentimental yang tinggi. Jom InTrend bawa memori kalian kita imbas kembali serba sedikit nostalgia kenduri kahwin dulu-dulu yang pasti kalian rindui.
Kredit Foto: Google
  1. Suasana Kampung Memang Ekstra Meriah!
Bagaikan pesta besar-besaran lagaknya, begitulah meriahnya kenduri orang dulu-dulu. Lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di kampung. Meriah dan seronoknya itu bagaikan tujuh hari tujuh malam. Daripada majlis khatam Al-Quran, malam berinai, itu dan ini semuanya meriah dilakukan bersama. Penat dan letih? Itu belakang kira. Janji dapat kumpul beramai-ramai.
Kredit Foto: Google
  1. Rewang
Amalan bergotong-royong atau di sesetengah tempat menggelarkannya dengan rewang adalah antara aktiviti yang paling dinanti-nanti kalau adanya kenduri kahwin. Jiran sekampung datang ke rumah ibu bapa pengantin membawa beras, gula, garam dan pelbagai bahan asas untuk dimasak beramai-ramai. Itu belum termasuk sanak saudara yang jauh mahupun dekat, semuanya berhimpun. Ya, semua turut sama menyumbang. Dari segi tenaga, barangan asas mahupun wang ringgit semuanya dilakukan bersama. Bukan apa, tumpang seronok dengan kenduri orang. Kemudian sama-sama berganding bahu tolong memasak juadah yang akan dijamu kepada tetamu pada hari kenduri. Lazimnya persiapan dilakukan dua hari atau sehari lebih awal. Waktu inilah makcik-makcik membawang sakan! Hahaha… Memang bestlah!
Kredit Foto: Google
  1. Sarang Telur Rare dan Legend!
Tidak pasti pula sama ada sekarang masih ada atau tidak sarang telur plastik berkilau warna-warni seperti ini. Mudah saja konsep kenduri kahwin orang dulu. Hanya stapler bahagian pemegangnya supaya telur tidak jatuh. Dan ada juga yang menggunakan tisu untuk membalut telur.
Kredit Foto: Google
Tisu tersebut digunakan untuk mengelap tangan dan mulut dan lazimnya telur rebus atau telur pindang dimakan begitu saja. Memang rare beb!
Kredit Foto: Google/www.anajingga.com
  1. Pelamin
Ringkas dan straight forward. Itu yang dapat disimpulkan kala melihat koleksi foto pelamin dahulu. Ada sesetengahnya hanya menggunakan kerusi sahaja seperti gambar diatas. Manakala hiasan pelamin pula rata-rata menggunakan kain satin yang berkilat dan ditambah dengan bunga mega di tengah-tengah. Sempoi habis!
Kredit Foto: Google
  1. Bilik Pengantin
Boleh dikatakan pengantin era 90-an dan lewat 80-an kebanyakannya menggunakan cadar dari kain baldu. Manakala bantal dan kipas pengantin pula diperincikan dengan benang tekat emas.
Kredit Foto: Google
Antara warna yang popular pula seperti biru gelap, hijau gelap, merah gelap dan hitam. Siapa ada simpan lagi? Mesti sayang kan?
Kredit Foto: Google
  1. Makan Di Balai dan Khemah Berbumbungkan Zink
Jika di kampung, kebanyakannya mengekalkan tradisi makan kenduri di balai. Dan apabila di balai makanya duduk bersila beramai-ramai. Barulah feel waktu makan! Hahaha… Dan jika dikawasan bandar pula, ada yang menggunakan kerusi besi dan berbumbungkan zink. Kalau panas tu faham-faham ajelah ya. Tapi soal panas tu ditolak tepi kerana semua yang datang turut memeriahkan majlis kahwin. Itulah fokus utamanya.
Kredit Foto: Google
  1. Talam dan Mangkuk Pinggan
Siapa ingat lagi makan dalam talam yang lazimnya dihidang untuk empat orang? Haa… bestkan! Dengan mangkuk bunga seperti ini, lauk pauk wajib seperti ayam masak merah, kurma daging, acar buah, dalca dan air sirap seakan terasa kesedapannya berganda. Pendek kata memang semua sedaplah! Yalah, dah lauk pauknya dimasak beramai-ramai, memang makan bertambahlah. Ye tak?
Kredit Foto: Google
  1. Pengantin Basuh Periuk
Menjadi kelaziman selepas majlis selesai, pengantin akan tukar baju dan membantu kerja-kerja di dapur. Dan antara yang paling diingati adalah kedua mempelai membasuh segala periuk belanga, kawah dan sebagainya. Ia simbolik kepada penghargaan kepada orang kampung yang bertungkus-lumus membantu tuan rumah dalam merealisasikan majlis perkahwinan tadi. Siapa pernah kena basuh periuk angkat tangan!
Pendek kata kemeriahan menyiapkan persediaan menjelang kenduri kahwin ketika dahulu lebih terasa. Apatah lagi bagi generasi terdahulu betapa penglibatan semua diambil kira. Semuanya memainkan peranan dalam membantu kelancaran majlis. Mungkin itulah kuncinya erat tali silaturahim sesama jiran tetangga, orang kampung juga sanak saudara yang dekat mahupun jauh. Ada lagi nostalgia atau memori kenduri kahwin orang dulu-dulu yang menggamit ingatan kalian? Jom kongsikan dengan kami!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ina Naim Sangkal Dakwaan Didera & Hidup Naif Ketika Bersama Arwah Suhaimi Saad, Anggap Tiada Peti Ais Bukan Isu Besar - “Yang Penting Adalah…”

gempak
24/11/2024
12:50 MYT
Nama Ina Naim kembali menjadi sebutan di media sosial apabila muncul di sebuah video milik usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.
Gaya Hidup

23 Tahun Tak Sentuh Nasi, Pengantin Lelaki Minta Isteri Masak Western Hari-Hari - “Jangan Paksa Makan Nanti…”

gempak
12/11/2024
18:55 MYT
Menurut Ammar, dia tidak boleh dipaksa memakan nasi dan kali terakhir dia menjamah makanan ruji itu adalah pada usia lima tahun.
Hiburan

Perlu Jujur Dengan Pasangan, Ayda Jebat Kongsi Tips Untuk Rumah Tangga Bahagia - “Memang Dari Awal Sebelum Kahwin, Saya Cakap Dekat Dia…”

gempak
04/11/2024
23:55 MYT
Menurut pelantun lagu Memerang itu, jika setiap pasangan tidak telus mengenai diri masing-masing, mungkin akan memberi satu tekanan lain kepada mereka.
Hiburan

Ikmal Amry Akui Tiada Perkahwinan Sempurna, Pentingnya Komunikasi dalam Menyelesaikan Masalah - “Kita Lelaki Memang Ego Tinggi Tapi”

gempak
24/10/2024
09:55 MYT
Bagi Ikmal meskipun berdepan dengan dugaan dia lebih suka menyelesaikan masalahnya bersama isteri tanpa ada campur tangan dari mana-mana pihak.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Unitar