Kalau tahun lepas, warga Sabah dapat menikmati keindahan pesta lampu LED, kali ini tiba giliran orang utara!

Festival Starlight Antarabangsa atau pesta lampu ini yang pertama kalinya diadakan di semenanjung Malaysia kini berada di Tapak Carnival Stadium Darul Aman, Alor Star Kedah.



Dibuka selama 10 hari bermula 10 April hingga 20 April ini, anda boleh melihat pelbagai replika yang dihiasi dengan lampu LED.

Seorang pengunjung sempat berkongsi beberapa info tentang festival yang sedang berlangsung ini. Dibuka dari jam 6 petang hingga 11 malam, ada 160,000 biji lampu bintang-bintang menghiasi Kawasan ini.



Meliputi lapan taman reka antarabangsa, antara tarikan yang pastinya mendapat perhatian ramai adalah terowong lampu sepanjang 50 meter dan istana besar. Lalu bawah terowong tu, jangan lupa bergambar ya.

Tiket masuk bagi dewasa berharga RM8 manakala RM2 bagi kanak-kanak.


Sumber foto: Facebook Nur Pieka