Penyanyi dan juga bekas anggota kumpulan K-Pop WANNA ONE, Kim Jae Hwan akui teringin untuk menyertai program variati popular, Running Man.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Gempak, Jae Hwan menyatakan rasa keterujaannya untuk terlibat dengan Running Man sekiranya diberi peluang.
“Saya teringin sangat untuk muncul dan menyertai anggota Running Man. Saya fikir ia akan menjadi program yang mengujakan.
“Mesti seronok! Sebab saya perlu menggunakan kecerdasan saya selain perlu lebih bertenaga dan atletik untuk menjalankan misi yang diberikan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Jae Hwan juga menyatakan rasa tidak sabar untuk bertemu peminat Malaysia.
“Saya difahamkan ramai peminat sedang menunggu saya. Sila nantikan kedatangan saya ke Malaysia dan secara jujurnya saya sendiri sangat tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua tidak lama lagi,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kim Jae Hwan bakal hadir ke Malaysia sebagai artis solo sempena siri jelajah ‘2019 Kim Jae Hwan Fan Meeting [MIN:D] in Kuala Lumpur.
‘2019 KIM JAE HWAN FAN MEETING [MIN:D] IN KUALA LUMPUR bakal menemui peminat pada 27 Julai 2019 bertempat Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam tepat jam 6 petang.
BACA: Ubati Rindu Peminat WANNA ONE, Kim Jae Hwan Datang Malaysia
Tiket konsert dijual dengan harga RM282 (Zon Ungu), RM382 (Zon Kuning), RM482 (Zon Merah), RM582 (Zon A) dan RM692 (Zon VIP).
Pembelian secara online boleh dilakukan di www.macpieticketing.com
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau media sosial rasmi UnUsUaL Entertainment dan MacpiePro.
Terdahulu, WANNA ONE yang dianggotai oleh 11 anak muda berbakat iaitu Kang Daniel, Park Ji Hoon, Lee Dae Hwi, Kim Jae Hwan, Ong Seong Wu, Park Woo Jin, Lai Kuan Lin, Yoon Ji Sung, Hwang Min Hyun, Bae Jin Young dan Ha Sung Woon dibubarkan pada 27 Januari 2019.
Mya Amri
Fri Jul 12 2019


Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?

“Asal Liwat Je Mesti Sekolah Agama…” - Netizen Kritik Perbuatan Jijik Guru Agama Liwat Pelajar Bawah Umur
Netizen kritik guru agama liwat pelajar bawah umur