Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!
Amri Hassan
24/07/2024 11:45 MYT
24/07/2024 11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Michael Learns To Rock "Take Us To Your Heart" Tour in Malaysia dijadualkan akan menghibur peminat mereka di Arena of Stars, Resorts World Genting pada hari Ahad, 10 November 2024 nanti.
MLTR yang dianggotai Jascha Richter sebagai vokalis, Mikkel Lentz (pemain gitar) dan Kåre Wanscher (pemain dram) akan mengubat kerinduan peminat menerusi lagu-lagu malar segar mereka seperti "That's Why (You Go Away)", "Paint My Love", “25 Minutes”, “Sleeping Child”, “Take Me To Your Heart” dan banyak lagi.
MLTR yang ditubuhkan sejak 1988 antara kumpulan dari Aarhus, Denmark yang melakar sukses dengan prestasi bersih sepanjang karier.
Memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan, MLTR telah merakamkan sembilan album studio dan menjayakan lebih 800 pertunjukan.
Bersandarkan status emas dan platinum yang diperoleh di banyak negara, muzik Michael Learns To Rock masih
dimainkan secara meluas di udara, melalui platform penstriman dan yang paling penting, pada masa yang sama membawa orang ramai bersatu, merentas masa dan demografi.
Tiket berharga RM968 (Zon MLTR), RM788 (VIP), RM668 (PS1), RM468 (PS2), RM268 (PS3) dan RM188 (PS4), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4. Pra-jualan tiket untuk ahli Genting Rewards bermula 31 Julai, 12 tengah hari, manakala jualan am bermula 8 Ogos, 12 tengah hari melalui mmic.bigtix.io, wgenting.com dan my.bookmyshow.com.
Pelbagai faedah ditawarkan kepada peminat untuk pembelian tiket Zon MLTR dan VIP seperti berikut:
Zon MLTR– RM968
(Faedah Peminat: Light Stick Eksklusif, Tag MLTR dan Gelang Tangan, Foto Peribadi (3:1) untuk 10 pemenang bertuah, Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.
VIP – RM788
(Faedah Peminat: Light Stick, Foto Berkumpulan (3:5) untuk 20 pemenang bertuah.

BERITA TRENDING: Michael Learns To Rock Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Ada Pakej Menarik Tiket Sekali Dengan Hotel Di Genting Highlands?
BERITA TRENDING: MLTR, Hanson Hadir di The 90's Festival
BERITA TRENDING: Westlife Gamit Kenangan Naik Helikopter Ke Genting Highlands, Main Game 'Angkat Tangan' Dengan Peminat