Hiburan
Westlife Gamit Kenangan Naik Helikopter Ke Genting Highlands, Main Game 'Angkat Tangan' Dengan Peminat
Biar hanya berselang masa setahun, kehangatan kumpulan Westlife tidak pernah padam.
Buktinya, lebih 5,000 pengunjung membanjiri Arena of Stars Genting Highlands sempena konsert Westlife The Hits Tour baru-baru ini.
Dua jam peminat dihiburkan tanpa henti oleh ketiga-tiga anggota kumpulan yang berasal dari Ireland itu; Shane Filan, Kian Egan and Nicky Byrne.
Biarpun tidak banyak interaksi bersama peminat kali ini berbanding kehadiran mereka tahun lalu, peminat mereka masih terhibur.
Tambah-tambah apabila Nicky bercanda dengan game 'angkat tangan' & 'turun' dalam salah satu segmen menuju pengakhiran konsert. Lucu, tapi comel!
Tak menghampakan permintaan Nicky, seluruh arena mengikut 'arahan' manjanya tanpa membantah.
BERITA TRENDING: Westlife Kembali Ke Malaysia, Bikin Konsert Di Arena Of Stars Genting Highlands Jun Nanti!
BERITA TRENDING: Perkahwinan Mewah Anak Bos Air Asia, Jemput Brian Westlife Nyanyi & Beri Tetamu Hermes
Siri konsert tahun ini menyaksikan Malaysia sebagai penutup tirai jelajah mereka. Oleh itu, persembahan berapi yang disajikan oleh Westlife kali ini umpama lepas gian sebelum pengumuman konsert mereka akan datang."Sudah tentu kami akan kembali semula ke sini (Malaysia), selepas 119 buat konsert, kami sentiasa merasakan ada nilai sentimental dengan peminat di sini.
"Kami masih ingat ketika kali pertama tiba di lokasi yang kami berdiri ini sekitar tahun 1999, kami diterbangkan ke sini dengan helikopter.
"Dan tak sangka, kami sekali lagi datang ke sini tahun ini untuk menghiburkan kalian semua," tambah Shane.
Kian bagaimanapun sempat mengutuskan salam daripada Mark Feehily yang sedang dalam proses pemulihan selepas pembedahannya akhir tahun 2022.
Konsert Westlife The Hits Tour dibuka menerusi lagu World of Our Own bersama lebih 20 lagu untaian lagu-lagu berhantu mereka seperti I Lay My Love On You, Flying Without Wings, If I Let You Go, Sweat It Again, Seasons In The Sun, Uptown Girl dan My Love.
Westlife The Hits Tour dianjurkan oleh MMIC Entertainment Group.
Westlife yang ditubuhkan pada 1998 telah merakamkan 12 buah album studio sebelum Brian McFadden meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2004.
Kali terakhir Westlife singgah di Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah Westlife the Wild Dreams Tour pada Februari 2023.
BERITA TRENDING: Tak Cringe! Aksi 'Booty Shake' Westlife Di Axiata Arena Bikin Ramai Non-Stop Teriak, Ini 5 Momen Terbaik
BERITA TRENDING: “Nak Buat Boyband Macam Westlife” - Ajai Pasang Impian Untuk Lima Finalis Lelaki Big Stage 2020
BERITA TRENDING: Thank You For An Amazing Night! Ini 11 Moment Manis Konsert Westlife Di Malaysia
Must-Watch Video