,
Laman Utama

Michael Learns To Rock Kembali Bikin Konsert Di Malaysia, Ada Pakej Menarik Tiket Sekali Dengan Hotel Di Genting Highlands?

Amri Hassan
16/08/2022
11:20 MYT
Kumpulan legenda Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) akan kembali ke Malaysia untuk siri jelajah Konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 pada 22 Oktober 2022 (Sabtu) di Arena of Stars, Resorts World Genting, Pahang.
Kumpulan yang dianggotai oleh Jascha Richter, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher itu akan menghiburkan penonton dengan deretan lagu hit seperti Take Me To Your Heart, 25 Minutes, That’s Why You Go Away dan Paint My Love.
MLTR yang berasal dari Aarhus, Denmark mula aktif sejak 1988 dan telah menghasilkan sembilan buah album rakaman studio dan 19 album kompilasi.
Seiring dengan populariti lagu mereka, MLTR berjaya merangkul pelbagai anugerah emas, platinum dan multi-platinum.
MLTR berjaya mencatat jualan melebihi 11 juta album di peringkat global dan lebih daripada enam juta lagu-lagu kumpulan tersebut dimuat turun secara berbayar.
Malah muzik MLTR masih bertahan sehingga kini dan terus menjadi pilihan peminat untuk distrim dan ditonton menerusi platform digital di seluruh dunia.
Sejak kemunculan mereka, MLTR sering memenangi pelbagai anugerah di banyak negara dan mereka telah mengadakan lebih daripada 600 konsert di pelbagai negara.
Sehingga kini anggota kumpulan tersebut masih teruja untuk menghiburkan peminat mereka di seluruh pelosok dunia.
Dapatkan tiket anda segera untuk menonton konsert MLTR Back On The Road Tour Live in Malaysia 2022 di www.rwgenting.com atau my.bookmyshow.com sekarang!
Tiket-tiket berharga RM638 (VIP), RM588 (PS1), RM388 (PS2), RM 238 (PS3) dan RM158 (PS4), semua harga tiket dikenakan yuran pemprosesan sebanyak RM4.
Pakej hotel turut ditawarkan kepada peminat yang ingin menonton konsert itu sambil bercuti di Resorts World Genting dengan harga RM1,358 (VIP), RM1,278 (PS1) dan RM1,008 (PS2).
Setiap pakej disertakan dengan dua keping tiket konsert, penginapan satu malam di Bilik Deluxe, Grand Ion Delemen Hotel dan baucar bernilai RM150 untuk makanan dan minuman.
Layari laman sesawang www.iondelemenhotels.com atau hubungi talian 03-64332299 untuk sebarang pertanyaan.
Maklumat lanjut di Facebooko MIC Entertainment Group www.facebook.com/MICEntertainmentGroup.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Alan Walker Tunaikan Janji, Gegarkan KL Base 8 Nov Ini

gempak
14/09/2024
04:55 MYT
Menurut Alan, keputusan untuk membatalkan konsertnya sebelum ini adalah disebabkan faktor keselamatan dan juga isu penyalahurusan.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2

gempak
13/09/2024
09:12 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 2 Secara Percuma? Memang best!
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1

gempak
13/09/2024
09:08 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 1 Secara Percuma? Memang best!