Legenda perfileman Malaysia, Tan Sri Datuk Michelle Yeoh menjadi wakil pertama Asia yang tercalon untuk Anugerah Akademi (Oscars) 2023!
Beliau dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan hebatnya dalam filem Everything Everywhere All At Once turut bersaing dengan empat calon lain.
Mereka ialah Cate Blanchett (TAR), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle Williams (The Fabelmans).
Manakala filem Everything Everywhere All At Once mendapat 9 lagi pencalonan iaitu Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Daniel Kwan, Daniel Scheinert), dua Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jamie Lee Curtis dan Stephanie Hsu), Lakon Layar Asal Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Lagu Asal Terbaik (This Is a Life), Rekaan Kostum Terbaik (Shirley Kurata) dan Skor Asal Terbaik (Son Lux).
Sementara itu, filem The Banshees of Inisherin pula mendapat sembilan pencalonan.
Everything Everywhere All at Once mengisahkan kehidupan seorang imigran China, Evelyn Wang yang terjebak dalam multiverse dirinya sendiri.
Evelyn melihat dirinya yang pelbagai dalam beberapa semesta dan terancam dengan sosok bernama Jobu Tupaki.
Filem komedi sains fiksyen itu diarahkan oleh Dan Kwan dan Daniel Scheinert dan telah ditayangkan pada Mac tahun lalu.
Everything Everywhere All at Once dibintangi oleh Michelle Yeoh, Stephanie Hsu, Ke Huy Quan dan ramai lagi.
Filem Everything Everywhere All at Once juga telah menobatkan Michelle Yeoh sebagai pemenang kategori Best Performance by an Actress in a Motion Picture - Musical or Comedy di Golden Globe Awards yang berlangsung minggu lepas.
BACA: Harumkan Malaysia! Michelle Yeoh Menang Golden Globe Awards Pertama Kali - "Saya Tunggu 40 Tahun Untuk Ini"
Anugerah Oscars 2023 akan berlangsung pada 12 Mac di Los Angeles, Amerika Syarikat dan akan dihoskan oleh Jimmy Kimmel.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Amri Hassan
Tue Jan 24 2023


“Tidak Semua Penyondol Itu Bersalah, Tidak Semua Yang Disondol Itu Bersalah” - Nasihat Fazley Yaakob
Datuk Fazley beri pendapat isu penyondol.

"Dia Penyayang, Penyabar Sama Macam Arwah" - Shuib
Watie ada ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

Didakwa 'Sondol' Rumah Tangga Bella Astillah Dengan Aliff Aziz, Ini Respon Sophia Albarakbah
Semoga dapat selesaikan dengan cara baik...

Priyanka Chopra Dedah Wajah Anak Selepas 1 Tahun, Peminat: “Dia Ada DNA Nick Jonas!
Comel!

Tiga Rapper Hilang Secara Misteri Selepas Tak Jadi Buat Persembahan
Alamak...

Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 | Episod 7
Akim begitu gembira mendapat kerja dan berjanji akan berubah menjadi manusia yang lebih baik. #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Kisah Cinta Phoebe & Ejoi | Episod 7
Ejoi nak buat mixed tape lagu-lagu cinta. Ejoi cuba selidik citarasa lagu Phoebe melalui Laila. Tapi Ejoi tak berkesempatan nak bagi mixtape pada Phoebe. #KisahCintaPhoebeDanEjoi #AkimDanMira #DramaAkimDanMira #AkimDanMiraKisahCinta1999 #GempakOriginalSeries

Memang Legend! Lepas Tawan Semenanjung & Singapura, Exists Konsert Di Sarawak Mei Ini
Tak sabar!

Sean Lee Dipaksa Nyanyi Lagu Trending Dekat Public! | Gempak Most Wanted EP19
This week kita memang tak kasi chance! Amelia senyum puas hati dekat rumah tengok Sean kena nyanyi lagu dekat public #GempakMostWanted #GempakMostWanted2022 #GempakMostWantedShow

Akhirnya Terjawab! Bella Astillah Dedah Mesej Sophia Albarakbah - “Inilah Sebabnya Dia Tak Nak Involve Satu Malaysia”
Tak sangka macam tu...