Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Mila Jirin Percaya Nonny Nadirah Punya Sebab Botakkan Kepala - "Dia Dah Dewasa..."

Asyikin Mayudin
04/07/2024 05:55 MYT
Susulan video memperlihatkan Nonny Nadirah membotakkan kepala, penyanyi dan usahawa Mila Jirin tampil menganggap rakan baiknya mempunyai sebab bertindak sebegitu.

Kongsi Keadaan Nonny

Enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakan Nonny, Mila bagaimanapun berkata rakan baiknya itu dalam keadaan baik sahaja selepas menghubunginya beberapa jam lalu.

“Saya dah tiada kata nak katakan apa-apa. Nonny dah dewasa dan sudah boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

“Saya yakin Nonny mesti ada sebab kenapa memuat naik video tersebut. Kali terakhir saya berhubung dengan Nonny beberapa jam lepas, she is good and she is happy,” kata Mila ketika dihubungi Gempak.

Perniagaan Nonny

Dalam pada itu, Mila juga memberitahu dia sempat berkongsi idea dan kata-kata semangat kepada Nonny untuk perniagaan dalam talian yang sedang diusahakan aktres itu.

“Nonny juga sempat mempromosikan dan berkongai pendapat tentang perniagaan online dia ‘MataHeart’ Mist Spray untuk fabrik dan rambut.

“Saya berkongsi idea dengan dia dan memberikan kata-kata semangat tentang perniagaan online yang dijalankan sekarang ini. Saya yakin, ramai yang mendoakan Nonny.

“Saya juga tak terkecuali mendoakan yang terbaik pada Nonny,” ujarnya.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.

Terbaharu, akaun itu memuatnaik sepotong video memaparkan aksi seorang wanita mirip Nonny membotakkan kepalanya.

Dalam video berkenaan, wanita terbabit dilihat membuka bajunya dengan hanya tinggal memakai pakaian dalam sebelum bertindak mencukur rambutnya dengan mesin pencukur.

Tulis pengendali akaun itu pada kapsyen video berkenaan ringkas berbunyi; "Twinnies" sambil dilatari dengan lagu Afterhours (Troyboi feat Diplo & Nina Sky).

Manakala, di Instagram Storiesnya pula memuat naik foto ketika masih berambut panjang paras bahu dan beberapa kapsyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Tulis Kata-Kata Tentang 'Friend Zone'

ARTIKEL BERKAITAN: Nonny Nadirah Merayu Hilangkan Gangguan - “Tiga Tahun Hanya Dapat Halusinasi Buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nonny Nadirah Akui Pernah Jahil Tentang Agama Islam - “Banyak Kali Saya Tertanya Macam…”

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”

#Mila Jirin #Nonny Nadirah #Mila Nonny #Nonny botak #Selebriti botak