Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mewartakan perintah larangan penerbitan berkaitan lesbian, gay, bisexual, transgender “queer” dan + Plus (LGBTQ+) pada jam jenama Swatch termasuk apa-apa koleksi kotak, pembalut dan aksesori berkaitan pada jam berkenaan.
KDN menerusi satu kenyataan memaklumkan perintah larangan melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 236 itu berkuat kuasa mulai Khamis.
Kenyataan itu menjelaskan pewartaan perintah larangan itu selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
Menurut KDN, peruntukan itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan berkenaan adalah dilarang secara mutlak di Malaysia.
"Hasil penerbitan itu dikenakan perintah larangan kerana ia merupakan hasil penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan kepentingan negara dengan mempromosikan, menyokong, dan menormalisasikan gerakan LGBTQ+ yang tidak diterima oleh masyarakat umum di negara ini," jelas KDN
Berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012, mana-mana individu yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar, atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000, atau kedua-duanya.
KDN memberitahu pihaknya komited dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap penerbitan bagi membanteras penyebaran elemen, fahaman dan gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan dari semasa ke semasa secara berterusan selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012.
“Kerajaan Malaysia komited mencegah penyebaran unsur-unsur yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kemoralan, kepentingan awam dan negara dalam kalangan masyarakat,” tegas KDN.
Pada Mei lepas, KDN dilaporkan telah menyerbu 11 butik jam tangan jenama Swatch di beberapa negeri dan merampas koleksi bertemakan pelangi yang sering dikaitkan dengan komuniti LGBT.
BERNAMA
Gempak
Fri Aug 11 2023
"Tak Kisah You Cantik Ke Tak, Kalau Suami Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Buat Juga" - Dahlia Rizal
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal tampil berkongsi pandangan tentang isu rumah tangga yang sedang tular ketika ini.
Sheriff: Raih RM55 Juta, Cipta Fenomena Tersendiri Jadi Filem Nombor 1 Malaysia 2024
Memang terbaik!
“Sibuk Nak Tanya Siapa Curang, Siapa Apa, Laki Bini Sendiri Terabai” - Diana Danielle
Diana bersuara di laman sosial.
Tiara Jacquelina Sahkan Tiada Pementasan Puteri Gunung Ledang Dalam Masa Terdekat - "Saya Mahu Fokus Pada ..."
Untuk penggemar teater tanah air, persembahan teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) sememangnya sesuatu pementasan yang tidak asing lagi. Akan tetapi, menurut pengarah dan penerbit Puan Seri Tiara Jacquelina berkata teater muzikal itu tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana dirinya mahu memfokuskan lebih dalam kerjaya bis
Rakyat Malaysia Nak Belajar Di Australia Perlu Tunjuk Bukti Ada Wang Simpanan RM93,000
Ini syarat untuk belajar di Australia.
Selepas 14 Tahun Jadi Ibu Tunggal, Raja Azura Kahwin Semula?
Selepas hampir 14 tahun bergelar ibu tunggal, pengacara dan pelakon, Raja Azura dilaporkan mengahwini lelaki pilihannya dipercayai berlangsung semalam.
Wanita Mengaku Salah Menyundal
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada Jumaat atas pertuduhan melakukan aktiviti persundalan pada minggu lalu.
Aepul Roza Akui Tumpang Populariti Kontroversi Rumah Tangga Sedang ‘Panas’ - “Kebanyakan Karya Saya…”
Menarik juga lagu ILU.
KECOH! Bila Doktor Boleh Nampak Hantu Edna! | Singgah Set
Set Dr Pontianak ni kalau korang nak tahu, tak pernahnya serius… Pasti gamat dengan telatah Edna & Dr. Vivy. Cik Bam pun tak boleh nak tahan gelak bila ada dengan diorang ni. Kali ni, Cik Bam bagi diorang jawab kuiz yang tak masuk akal soalan-soalannya. Diorang pun naik bengang!
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan Saksikan #DrPontianak setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan sooka.
#DrPontianak #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama
Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan Saksikan #DrPontianak setiap Jumaat, 10 Malam di Astro Warna atau strim di Astro GO dan sooka.
#DrPontianak #BamBamStudios #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama
Berang Ditipu Selebriti Wanita, Individu Minta Tolong Daripada Caprice - “Sepatutnya Saya Kahwin Dengan Dia Tapi…”
Ini respons Caprice mengenai DM tersebut.