Beberapa hari lalu, Disney telah memilih penyanyi dan juga pelakon, Halle Bailey, 19 bagi memegang watak Ariel dalam filem terbaru 'The Little Mermaid'.

Pemilihan itu sekali gus memberi tanda tanya siapakah jejaka yang layak memegang watak Prince Eric dalam filem berkenaan.

Walaupun sebelum ini netizen mencadangkan Park Jimin daripada kumpulan BTS sebagai calon utama, namun kini tular pula calon baru yang didakwa lebih sesuai memegang watak berkenaan.

Siapakah dia? Individu terbabit adalah Shawn Mendes!

Cadangan itu mula tular apabila individu bernama Tony memuat naik gambar perbandingan Shawn bersama watak Prince Eric di Twitter.

Posting terbabit kini telah dikongsi sebanyak 8,500 kali dan menerima 34,000 likes.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pemilihan berkenaan dan mengganggap pemilihan Shawn sebagai individu yang paling tepat.

Walaubagaimanapun tidak kurang juga yang mencadangkan Harry Style sebagai calon kedua bagi watak ikonik berkenaan.

Untuk makluman, Disney sedang dalam perancangan untuk menerbitkan semula filem 'The Little Mermaid' selepas menghasilkan The Lion King dan Mulan.

Sehingga kini Disney masih belum membuat pengumuman rasmi berkaitan pemilihan pelakon utamanya secara keseluruhan.