Tidak boleh disangkal lagi, seni lakonan gadis jelita Mimi Lana semakin cemerlang di layar kaca.

Sejak kebelakangan ini juga, Mimi dilihat semakin menebarkan kehebatannya apabila sering membintangi naskhah yang bergenre aksi.

Menerusi drama aksi romantik, Framed hinggalah ke filem aksi rompakan, The Experts lakonan yang ditonjolkan Mimi Lana meraih hati penonton.

Komen netizen

Rata-rata netizen di media sosial memuji lakonan yang dipaparkan oleh bintang berusia 28 tahun itu.

Antara komen yang diterima termasuk;

“Malaysia need more like Mimi Lana.

“Lakonan dan stunt Mimi memang mantap.

“Best tengok watak Mimi dalam The Experts,” komen beberapa netizen.

Semenatara itu, menerusi filem terbaharu The Experts ini penonton akan melihat pelbagai aksi ‘stunt’ yang dibawakan Mimi Lana sebagai watak Emma.

'The Experts' diarahkan oleh pengarah Andre

Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.

'The Experts' menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.

Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau. Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga? Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama? Saksikan The Experts.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air.

Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Berita Trending: Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya

Berita Trending: Filem The Experts Ungguli Box Office, 4 Hari Tayangan RM5 Juta!