Laman Utama
Mimpi Jadi Kenyataan Buat Penyanyi Cantik Indonesia Cantika Abigail Gara-Gara...
Penyanyi Indonesia, Cantika Abigail berkongsi rasa gembira kerana berpeluang merakamkan semula lagu Tak Mungkin Ku Melepasmu dalam versinya sendiri.
Lagu nyanyian asal kumpulan Dygta bersama Andina yang dilancarkan pada 2002 itu diberi nafas baru dengan iringan orkestra dari The City of Prague Philharmonic Orchestra yang tersohor di negara berkenaan.
Justeru, Cantika menyifatkan peluang itu sebagai mimpi jadi nyata kerana sudah lama dia mengimpikan rakaman lagu diiringi orkestra penuh.
"Saya sangat teruja dengan projek ini, apabila mula ditawarkan, saya terus bersetuju untuk menerima.
"Ia merupakan satu penghormatan untuk saya menyanyi diiringi The City of Prague Philharmonic Orchestra, meremang bulu roma saya setiap kali mendengar susunan muzik yang mereka hasilkan untuk lagu ini.
"Mereka memang hasilkan sentuhan yang sangat istimewa dalam lagu ini," katanya.
Menurut kenyataan daripada Sony Music Entertainment Indonesia, Cantika mengambil masa enam tahun sebelum pelancaran lagu ini.
"Pada mulanya, Cantika merakamkan sesi vokal pertama enam tahun lalu ketika bermulanya projek ini.
"Tetapi selepas enam tahun, dia membuat keputusan untuk merakamkan semula nyanyiannya awal tahun ini kerana vokalnya telah berkembang.
"Sepanjang tempoh itu juga, Cantika telah melalui pengalaman hidup dan kisah cinta yang diterapkan dalam penghayatan lagu ini," kata kenyataan tersebut.
Tak Mungkin Ku Melepasmu versi terbaru ini dapat dinikmati di platform muzik digital dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube Cantika Abigail.
Must-Watch Video