Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr.Izzar Anwari memberikan tips kepada orang ramai yang bakal mendapatkan suntikan vaksin.

Izzar berkongsi tips itu menerusi hantaran di akaun Instagramnya.

Menurut Izzar, orang ramai digalakkan meminta petugas vaksinasi menunjukkan terlebih dahulu picagari sama ada sebelum dan selepas suntikan untuk mengelakkan berlakunya human error atau mendapat ‘suntikan kosong’.

Human error memang akan berlaku kalau dah terlalu penat atau apa-apa lagi sebab pun. Yelah berdiri dekat luar panas-panas dan lama-lama kot.

“Orang tu dah dapat dah pun dos ulangan dia. Kesian pula kena cucuk dua kali. Terima kasih sebab masih nak dicucuk.

“Kepada yang akan divaksinasi, minta vaccinator tunjuk dulu syringe vaksin sebelum dan selepas dicucuk. Check betul-betul.

“Sebelum cucuk ada isi, selepas cucuk patut kosong lah kan. Sebab memang akan ada faktor human error ni. Kita yang sebagai dicucuk ini pun kena main peranan.

“Isteri saya pergi vaksinasi hari itu pun saya teman sebab faktor human error ni. Alhamdulillah semua okay.

All the best semua. Kadar vaksinasi Malaysia memang dah tinggi sekarang. Yang belum dapat tu tak lama lagi la dapat tu. InsyaAllah.

“Sentiasa berprasangka baik dan jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Kita kan orang Islam,” tulisnya.

A post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)

Terdahulu, tular video seorang wanita yang mendapatkan suntikan vaksin secara pandu lalu tetapi picagarinya tidak ditekan oleh petugas kesihatan.

Sebelum ini, ada satu lagi kejadian tular di mana seorang individu terkejut apabila mendakwa menerima suntikan vaksin jenis Pfizer ‘kosong’ ketika mendapatkan suntikan di Hospital Banting.