,
Hiburan

Mira Filzah Calon Hos Baru MeleTOP Gantikan Neelofa?

Amri Hassan
31/12/2019
00:20 MYT
Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah terkejut apabila namanya menjadi antara calon hos yang disebut-sebut untuk menggantikan posisi Neelofa dalam rancangan hiburan MeleTOP.
Jelas Mira, sehingga kini masih belum ada sebarang perjanjian, tawaran atau makluman daripada pihak yang terbabit seandainya dia bakal menjadi hos baru MeleTOP.
"Daripada pihak saya setakat ini belum ada apa-apa lagi. Kalau ada yang menyebut nama saya bakal menjadi hos baru, ia satu perkembangan yang baik, mungkin orang nampak kemampuan saya.
"Bukan senang untuk sesiapa sahaja hos baru seperti saya untuk mengambil alih rancangan itu.
"Program itu sendiri pun sudah ada satu jenama dan 'chemistry' yang sangat kuat.
"Tetapi, kalau tiba-tiba nama saya berbangkit, maknanya orang nampak potensi saya. Cuma, buat masa sekarang belum ada apa-apa lagi," katanya kepada Gempak.
Sebelum Mira, penyanyi Siti Nordiana pernah menjadi calon hos baru MeleTOP seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak termasuk netizen sendiri.
Nana sebelum ini pernah mengendalikan siaran langsung rancangan hiburan Gema Gegar Vaganza selama dua musim bersama Fikry Ibrahim.
Manakala, Mira pula pernah diundang menjadi pengacara jemputan rancangan MeleTOP sebelum ini dan mendapat respon positif daripada penonton.
Pada 3 Disember lalu, hos tetap MeleTOP, Neelofa telah mengumumkan pengunduran diri daripada rancangan itu selepas tujuh tahun bersama.
BACA: Selepas 7 Tahun, Neelofa Undur Diri Dari MeleTOP!
MeleTOP disiarkan secara langsung setiap hari Selasa pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.
Hiburan

PU Riz Beri Pandangan Mengenai Perkongsian Di Laman Sosial - “Bila Kau Post Benda Agama, Orang Kata Ini Nak Tunjuk baik”

gempak
20/08/2024
03:55 MYT
Pendakwah bebas, PU Riz atau Haris Ismail berkongsi pandangannya mengenai perkongsian seseorang itu di laman sosial menerusi platform Thread miliknya.
Hiburan

PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”

gempak
09/08/2024
06:55 MYT
Suami kepada selebriti Neelofa iaitu PU Riz atau Ustaz Haris Ismail menitipkan pesanan untuk golongan lelaki yang bakal mendirikan rumah tangga.
Drama

Mira Filzah Love Berlakon Dengan Nabila Huda - “Seronok Tengok Gelagat Dia, Wataknya Pula Jadi Mak Kundur”

gempak
06/08/2024
11:55 MYT
Pelakon, Mira Filzah akui seronok bergandingan dengan aktres Nabila Huda menerusi drama terbaharu berjudul Hikayat Bawang Putih Bawang Merah.