Maharaja Lawak Mega 2021

#MLM2021ApeCer: Keberanian Puteh Berbaloi Dapat Ha Dari Sang Bara, Tiro Terlalu Selesa?

Fiza Kamarudin
15/11/2021
12:10 MYT
Minggu kelima Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 menyaksikan kesemua peserta membawakan tema muzikal dengan baik dan boleh dikatakan kesemua mengikut tema diberikan.
Nampaknya penantian Kumpulan Puteh berbaloi kerana selepas lima minggu ‘struggle’ di pentas MLM 2021 akhirnya ‘Sang Bara’ memberikan ‘Ha’ kepada mereka.
Keberanian Puteh melakukan parodi dengan solekan kesan khas berjaya mencuit hati penonton di Putrajaya Convention Centre (PICC).
Tidak perlu menyebut nama ‘watak’ siapa yang diparodikan kumpulan Puteh berjaya membuat semua penonton di PICC mahupun di rumah mengenali figura yang ‘dibawa’ mereka ke pentas MLM 2021. Bagaimanapun, Datuk Rosyam Nor tidak memberikan ‘Ha’ kepada Puteh dan keputusan itu diterima baik oleh Ali, Mamak dan Vicha.
Pada minggu kelima MLM 2021 juga menyaksikan kumpulan Tiro seakan hilang taringnya apabila persembahan mereka dilihat hambar dan kurang menjadi.
Bak kata Sang Bara ‘mungkin dah terlalu selesa’. Tiga minggu berturut-turut Tiro berjaya mendapat markah tertinggi daripada juri, namun pada minggu lalu mereka terpaksa akur di tempat ketiga. Apa pun tahhiah kepada kumpulan Bahye yang berjaya menduduki tempat pertama minggu lalu dan menerima Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Adabi sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 dan produk Abadi bernilai RM500.
Bahye berjaya ‘menundukkan’ ‘Sang Bara’ di minggu muzikal walaupun Zahid Baharudin tidak dapat bersama Shashic dan Nizam Jentik-Jentik.
Walaupun Zahid sepatutnya menjadi pemain utama kerana minggu muzikal sepatutnya kelebihan buat seorang penyanyi sepertinya, namun Nizam dan Shashic berjaya membuktikan content yang baik tetap boleh dihasilkan, asalkan memiliki ‘teamwork’! Minggu ini di MLM 2021 kesemua tujuh kumpulan yang tinggal akan melakukan persembahan bertemakan Sukan bersama tetamu jemputan melibatkan atlet negara.
MLM 2021 dibawakan secara langsung setiap Jumaat, 9 malam ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand.
Dalam pada itu, penyampai radio SINAR, Dina Nadzir bertindak sebagai pengacara “Backstage MLM 2021”, edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir MLM 2021.
Manakala penyampai radio GEGAR, Issey Fazlisham dan penyanyi baharu kacukan Malaysia-Filipina, Yazmin Aziz memegang peranan sebagai pengacara program Live Plus (Live +).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Zahid Baharuddin Tamat Zaman Duda – “Ramai Yang Tanya Isteri Kedua Ke? Bukanlah…”

gempak
21/12/2021
12:22 MYT
Diam-diam je dia...Tahniah Zahid & isteri...
Laman Utama

Anak Sulung Mamak Puteh Jalani Pembedahan Kerana Masalah Pernafasan

gempak
21/12/2021
09:20 MYT
Semoga Iris cepat sembuh...Stay strong Mamak!
Gegar Vaganza 2021

Isteri Ali Puteh Timang Bayi Lelaki – “Syukur...Rezeki Berganda, Puteh Naib Juara MLM2021 & Isteri Lahirkan Anak Keempat...”

gempak
20/12/2021
01:43 MYT
Rezeki...Tahniah Ali!
Maharaja Lawak Mega 2021

Sharnaaz Ahmad ‘Sang Bara’ – “Dia Orang Pilih Saya Mungkin Sebab Karakter 'Suka Cakap Lepas' Kot…”

gempak
18/12/2021
04:40 MYT
Ramai ke yang dapat teka dengan betul?
Maharaja Lawak Mega 2021

Beli Bot Nelayan, Buat Rumah Untuk Mak, Kerjakan Haji & Umrah Antara Perancangan Tiro Selepas Dapat Duit Kemenangan

gempak
18/12/2021
02:33 MYT
Semoga apa yang dihajatkan terlaksana...