Minggu keenam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 menyaksikan kesemua tujuh kumpulan terselamat selepas ketua juri, Datuk Rosyam Nor mengumumkan tiada penyingkiran.

Pengumuman tersebut sekaligus membuatkan Kumpulan Cawan yang dianggotai oleh Wan Gegau, Che Mat dan Aliff Yasraff menarik nafas lega.

Ini kerana Cawan memperolehi markah terendah pada minggu ini dan berada di kedudukan bottom three bersama kumpulan Otai dan Bahye.

Ini markah keseluruhan pada minggu keenam, mengikut susunan markah tertinggi hingga terendah:

Puteh: 71.86%
Boro: 63.49%
Tobat: 61.02%
Tiro: 59.78%
Bahye: 57.84%
Otai: 52.21%
Cawan: 47.80%


Minggu keenam yang juga minggu tema Oppo bersama tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada atlet negara, turut mendapat pujian penonton MLM 2021.

Rata-rata yang meninggalkan komen di media sosial tidak menyangka atlet negara mampu berlawak dan sporting membawa watak diberikan.

Sketsa setiap kumpulan pada minggu keenam dimeriahkan dengan kehadiran Khalid Jamlus, Sazali Samad, Niena Azman, Roslin Hashim, Tan Boon Heong, Jufferi Jamari dan Yeoh Pek Xian.

Minggu ketujuh MLM 2021 akan memberi lebih cabaran kepada kesemua kumpulan kerana bakal mempersembahkan sketsa bertemakan Karoot, Dikir Barat dan Props.