Muzikal Lawak Superstar 2022
MLS3: “Bukan Kata Namie Tak Bagus…” - Datuk Awie Jawab Sebab Juri Pilih Shiha Superstar Paling Gempak
Ketua juri Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3), Datuk Awie menjelaskan tentang pemilihan Shiha Zikir sebagai pemenang Superstar Paling Gempak untuk MLS musim ketiga ini.
Menurut Awie, aspek pemilihan juri itu adalah berdasarkan penilaian prestasi bintang MLS dari minggu pertama hingga terakhir.
“Atas daripada pengamatan minggu pertama dan hingga minggu terakhir ini, kalau kita lihat karakter yang dibawa oleh Shiha, pada saya dia menjiwai watak-watak yang dia bawa itu sangat bagus, sangat baik,” katanya.
Awie berkata demikian pada sidang media media MLS3 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.
Tambah Awie lagi, disebabkan konsistensi Shiha dalam setiap persembahan yang dibawakan, pelakon dan penyanyi itu layak menerima anugerah tersebut.
“Bukan kata Namie tidak bagus, tapi usaha yang dibawa oleh Shiha ini sangat berjaya.
“Daripada dia mula-mula terbabit dalam MLS dan sampailah ke hari ini konsisten, berjaya mengembangkan watak demi watak dengan jayanya,” jelasnya.
MLS3 menyaksikan UBI yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Namie dinobatkan sebagai juara.
CILI yang dianggotai Achey, Ali dan Shiha pula merupakan naib johan MLS3.
Terdahulu, kemenangan Shiha menjadi perbualan netizen yang rata-ratanya berpendapat bahawa Namie lebih layak dinobatkan sebagai Superstar Paling Gempak untuk musim ini.
Jangan lupa, undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video