,
Laman Utama

MLS3: Peserta Saling Membahan, Tangan Awie Berbalut, Ini 8 Momen Menarik Sepanjang Malam Akhir Berlangsung

Azwa Rahman
24/09/2022
06:14 MYT
Malam akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS3) musim ketiga berjaya menobatkan kumpulan UBI sebagai juara sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM150,000.
BACA: MLS3: Tepati Ramalan! UBI Dinobatkan Sebagai Juara, Bawa Pulang RM150,000
Bertemakan Benua dan Bebas, para bintang yang terdiri daripada kumpulan UBI, CILI, BAHROY dan OOD telah menyampaikan dua tugasan dengan sempurna.
Sementara itu, naib juara pula dimenangi kumpulan CILI dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM75,000.
Tempat ketiga menjadi milik BAHROY dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 beserta trofi.
OOD pula akur ditempat keempat dan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.
Bersiaran secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada malam Jumaat, kemeriahan dari persembahan pembukaan sehingga pengumuman pemenang membuatkan penonton bersorak.
Gempak senaraikan lapan momen menarik sepanjang (MLS3) berlangsung pada malam tadi.
  1. Penampilan Datuk Awie yang tangannya berbalut dan bertongkat menarik perhatian penonton. Difahamkan Awie yang dimasukkan ke hospital keluar sekejap bagi memenuhi tanggungjawabnya sebagai juri tetap MLS3.
  2. Selepas persembahan kedua kumpulan Cili, pasukan produksi gigih berusaha membersihkan pentas daripada ‘salji’ yang turun. Penyedut hampagas, penyapu, mop, tuala, semua alat mereka gunakan!
  3. Gelagat semua peserta yang saling membahan ahli kumpulan lain ketika persembahan kedua membuatkan penonton di dalam dewan tak kering gusi.
  4. Bertemakan tradisional, ramai penyokong dan penonton begitu sporting berbaju melayu dan berbaju kurung.
  5. Penampilan Kak Lina Pom Pom yang mengenakan songket serba merah memang tiada tandingan! Diserikan pula dengan tali pinggang bersalut emas sebagai aksesori cukup menambah rasa.
  6. Penonton dikejutkan dengan bunyi dua letupan semasa lagu pembukaan dan pengumuman juara. Mujur tak luruh jantung!
  7. Persembahan semua penonton sangat mencuit hati sehingga membuatkan Awie dan Siti Saleha beberapa kali memberikan ‘standing ovation’.
  8. Menu makanan yang dihidangkan kepada kru produksi tidak pernah mengecewakan. Selain nasi lemak, cendol dan apam balik antara yang paling laku.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ada Stalker Follow, Siti Saleha Pilih Tak Kongsi Rutin Peribadi - "Privasi Itu Penting, Wanita Jangan Keluar Malam, Jangan Kongsi ..."

gempak
22/08/2024
08:00 MYT
Pelakon, Siti Saleha memilih untuk kurang membuat siaran langsung di Instagram walaupun kehilangan pengikut di Instagram.
Hiburan

“Tak Baik Lah Buat Macam Tu, Awak Bukan Siti Saleha” - Siti Saleha

gempak
30/07/2024
03:55 MYT
Baru-baru ini, pelakon Siti Saleha tampil memuatnaik satu hantaran memaparkan akaun palsu yang menggunakan nama dan gambarnya bagi tujuan ‘cat fish’.
The Masked Singer Musim ke 4

TMSMY4: Namie Tak Sangka Maskot Mat Helang Dinobatkan Naib Juara - “Saya Bukan Penyanyi, Saya Pelawak”

gempak
20/02/2024
04:55 MYT
Namie tak sangka dapat jadi naib juara
Viral

“Sebenarnya Saya Pengsan Sebab…” – Namie Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Insiden Pengsan Di Atas Pentas Ubi Superstar Live

gempak
02/02/2024
11:48 MYT
Ini yang berlaku pada Namie sebenarnya.
Laman Utama

That Cover Girl Beri Cabaran Buat Siti Saleha - “Sebagai Pelakon Saya Puas”

gempak
09/11/2023
09:55 MYT
Sally kalau berlakon memang best.