,
Hiburan

M.Nasir, Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul & Amir Jahari Bergabung Untuk Konsert Amal MPO Resonance For A Reason!

Amri Hassan
29/09/2024
13:54 MYT
Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) bakal mengadakan Konsert Amal MPO (‘Resonance for a Reason’) yang akan diadakan pada Sabtu, 9 November 2024 jam 8.30 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

BERITA TRENDING: Mega! Suara Emas M Nasir Bergema Hiburkan 8,000 Penonton, Bukan Hanya Sekadar Konsert Tapi Jiwa Yang Diberikan

Konsert istimewa ini bakal menyaksikan malam anda disulami alunan muzik yang indah di samping menyemarakkan semangat filantropi dan pembangunan modal insan bersama MPO.
Sebagai lambang kecemerlangan muzik di Malaysia, MPO bukan sahaja menampilkan ketinggian bakat pemuziknya tetapi lebih daripada itu; MPO mengambil tanggungjawab membentuk dan melatih bakat baru dalam usaha membina masa depan yang lebih cerah bagi industri muzik di Malaysia melalui perkongsian ilmu dan kepakaran pemuziknya.
Matlamat MPO adalah untuk memupuk apresiasi muzik di kalangan belia dan mempromosikan muzik klasikal dan tempatan kepada semua lapisan masyarakat.
Menerusi Konsert Amal ini, MPO berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap program pembangunan bakat MPO dalam menyokong bakat tempatan menerusi pementoran dan bimbingan yang berterusan.

BERITA TRENDING: Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

MPO menyeru orang ramai untuk terus menyokong kelestarian program pembangunan bakat ini supaya kita bersama-sama dapat memberi inspirasi dan mengubah landskap seni negara melalui kuasa muzik sebagai pemangkin kekayaan budaya.
Bakal menampilkan barisan artis terkemuka seperti Dato’ M Nasir, Dato’ Sheila Majid, Misha Omar, Aina Abdul dan Amir Jahari, konsert ini bakal menyaksikan MPO menonjolkan keunggulan artistiknya yang telah diketahui umum sejak penubuhannya pada 1998.
Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini juga akan menampilkan bakat Orkestra Filharmonik Belia Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Youth Orchestra), produk hasil daripada komitmen dan dedikasi MPO menyokong pemuzik tempatan.
Anda boleh menyalurkan sumbangan menerusi pembelian tiket berharga RM888, RM1188, RM1388, RM1588, RM1888 dan RM2588 melalui [email protected].
Sebagai penonton, anda tidak hanya disajikan dengan kehebatan alunan muzik di pentas DFP tetapi juga menjadi sebahagian daripada sebuah inisiatif bermakna untuk masa depan industri muzik negara.
Sumbangan ikhlas anda juga melayakkan pengecualian cukai dan pelbagai faedah dari pemotongan tersebut.

BERITA TRENDING: “Saya Bayangkan Pontianak Sedang Berbuai Dekat Pokok Ara Sambil Menyanyi” – Ajai Dedah Inspirasi Di Sebalik Lagu Pulangkan

BERITA TRENDING: Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

BERITA TRENDING: Didakwa Hidap Artritis, Sheila Majid Kesal Ada Pihak Reka Cerita Palsu Untuk Promote Produk - “Merepek!”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Aina Abdul Rupanya Nervous Menyanyi Lagu Siti Nurhaliza - “Kurik Kundi Paling Favourite! Mata Terkunci Dekat Prompter Takut Salah Lirik”

gempak
17/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi, Aina Abdul akui gementar membawakan lagu Kurik Kundi nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Hiburan

“Tak Mahu Lakukan, Malas Nak Rasa Kecewa Lagi Tapi…” – Aina Abdul Akui Hampir Mengalah! Demi Peminat, Tetap Bangkit Anjurkan Konsert Imaji Tour

gempak
14/09/2024
13:55 MYT
Bagaimanapun kata Aina, semangat yang diberikan oleh orang sekeliling membuatkan dirinya bangkit untuk memastikan impiannya menganjurkan konsert berkenaan terlaksana.
Hiburan

Soal Cinta? Aina Abdul Kunci Mulut

gempak
10/09/2024
00:55 MYT
Bagi penyanyi, Aina Abdul belum tiba masa buatnya untuk memikirkan soal cinta sekarang.
Hiburan

Air Mata Aina Abdul Gugur Kerana Konsert Aina Abdul Imaji Tour

gempak
09/09/2024
10:38 MYT
Selepas hampir setahun merancang untuk mengadakan konsert jelajah, akhirnya penyanyi, Aina Abdul mengumumkan bakal hadir dengan Konsert jelajah pertamanya menerusi Konsert Aina Abdul Imaji Tour.
Viral

Kongsi Video Belajar Vokal, Netizen Bandingkan Ratu Farah Dengan Aina Abdul

gempak
29/08/2024
04:17 MYT
Nama Ratu Farah Diva bukanlah gerangan yang asing lagi bagi pengguna TikTok.
BorakSeeni