Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Moga Allah Angkat Musibah Kita…” - Hana Ismail Titip Ucapan Hari Lahir Buat Suami, Syed Iqmal

Asyikin Mayudin
23/10/2024 02:55 MYT
Sempena ulang tahun penceramah selebriti dan penyanyi Syed Iqmal atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed, isterinya iaitu Hana Ismail menitipkan ucapan istimewa.

Doa angkat musibah

Menerusi Instastory, Hana yang juga personaliti televisyen mendoakan agar Allah mengangkat segala musibah yang dihadapi mereka selain berharap segala urusan dipermudah.

“Selamat hari lahir, Baba Nour. Moga Allah angkat musibah kita, permudahkan urusan kita dan permudahkan urusan mereka yang membantu dan mendoakan kita,” kongsinya.

Pada perkongsian itu, Hana turut memuat naik gambarnya bersama Syed yang dilihat sedang memangku anak perempuan mereka iaitu Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

ARTIKEL BERKAITAN: Hana Ismail Akui Kekal Kuat Untuk Anak, Syukur Ada 'Confinement Lady' Jaga Masa Pantang

ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Tinggi Tetapkan Tarikh Baharu Sebutan Semula Kes, Da’i Syed Dilepaskan Dengan Jaminan Hanya Prosedur Biasa

ARTIKEL BERKAITAN: Mahu Guna Masa Bersama Keluarga, Hana Ismail Terima Banyak Sokongan Berbanding Kecaman - “Sebab Ihsan Kami Tinggi & Berkelakuan Baik…”

ARTIKEL BERKAITAN: 21 Hari Meringkuk Di Penjara Kajang, Da’i Syed Dilepaskan Sementara Hingga Rayuan Didengar

Selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi pada 20 September lalu.

Pada 30 Ogos lalu, Syed sebagai tertuduh ketika itu, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

#Dai Syed #Hana Ismail #Syed Iqmal #Hari lahir Syed Iqmal
;