Bekas isteri pendakwah Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzim yang diceraikan ketika mengandung memberi bayangan bahawa dia sudah mengalami keguguran.

Perkara itu dikongsikannya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram lewat malam tadi.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Noorainulm atau lebih dikenali dengan gelaran Dr. Erin itu turut memberikan nama kepada anak dalam kandungannya seperti yang disarankan kepadanya.

"Aku serahkan urusan rezekiku hanya kepada Allah Penciptaku, kerana aku yakin Allah adalah sebaik baik pemberi rezeki dan sebaik-baik perancang.

"Moga Allah ketemukan mama dgn ank mama (Ahmad Fahrezzi Faisel) di syurga nanti," tulisnya.

Dalam posting tersebut, Dr. Erin turut memuat naik pesanan penceramah popular, Ustaz Ahamd Dusuki mengenai pemberian nama kepada anak yang tidak sempat lahir.



Sebelum ini, Dr. Erin memberitahu dia dijangka bersalin pada awal tahun hadapan.

BACA: Isteri Da'i Farhan Kongsi Tarikh Jangkaan Bersalin, Teruja Tarikh Angka 19 Sama Birthday

Begitupun, ruangan komen Instagram miliknya ditutup kepada umum.

Gempak cuba menghubungi Dr. Erin bagi mendapatkan keterangan lanjut, namun tiada sebarang respons diterima menerusi panggilan telefon dan mesej.

Terdahulu, Dr. Erin berkongsi berita gembira mengenai kehamilannya pada April lalu.

BACA: "Terima Kasih Sebab Bagi Semua Kena Kuarantin Ada Kebaikan Juga .." - Isteri Dai' Farhan Umum Sedang Hamil Baby PKP

Bagaimanapun, selang beberapa hari kemudian, dia membuat pengumuman yang mengejutkan apabila mendakwa sudah diceraikan pada 27 April lalu.

BACA: "Perceraian Ini Saya Yang Minta Sebab Dah Penat Dengan Episod ..." - Rumah Tangga Dai' Farhan & Dr Erin Kini Berakhir

Kisah hubungan pasangan tersebut mula mencuri tumpuan apabila Da'i Farhan mengakui membuat keputusan untuk berkahwin dengan janda anak lapan di Makkah selepas didatangi 18 wanita.

Ia menjadi hangat apabila Da'i Farhan dilaporkan sanggup menceraikan isterinya, Fatin Nurul Ain.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!